Masalah Macbook Terpadam Tiba-Tiba dan Tidak Dapat ON

Selepas setahun lebih membeli Macbook Air, terdapat beberapa masalah yang pernah dihadapi seperti masalah Macbook tidak charging dan yang terbaru ialah masalah Macbook terpadam tiba-tiba dan tidak mahu ON. Sebenarnya masalah ini bukanlah perkara baru dikalangan pengguna Macbook sejak dari dulu lagi dan memang agak banyak juga group facebook, blog atau forum yang menceritakan tentang masalah Macbook terpadam secara tiba-tiba ketika menggunakannya.

Bagaimana cara mengatasi masalah Macbook terpadam tiba-tiba?
Perkara pertama yang perlu kita buat ialah pastikan sebab Macbook kita terpadam dan tidak mahu ON itu bukanlah disebabkan masalah bateri habis atau kong, tidak charging ataupun masalah adapter rosak. Jika semuanya sudah pasti bukan penyebabnya maka kita perlu fikirkan kemungkinan yang lain.

Cara Mengatasi Masalah Macbook Terpadam Tiba-Tiba dan Tidak Dapat ON

Cara seterusnya ialah dengan sambungkan power adapter (Magsafe) dan kemudian tekan Shift+Control+Option dan Power dengan serentak. Selepas itu tekan Power. Dalam kebanyakan kes, cara ini akan dapat mengembalikan Macbook kepada keadaan asal dan menyelesaikan masalah Macbook terpadam tiba-tiba serta tidak dapat Start.

Selain itu, anda juga boleh resetkan balik PRAM Macbook anda. Caranya ialah dengan hidupkan Macbook dan terus tekan Option+Commant+P+R dengan serentak dan jangan lepaskan sehingga Macbook anda restart secara automatic.

Cara seterusnya ialah sila periksa Warranty anda, kalau-kalau Macbook anda masih under warranty. Kalau masih dalam warranty, terus pergi hantar ke Apple Service Center. Seterusnya, kalau Macbook anda sudah melepasi tempoh warranty, anda kenalah sediakan duit untuk repair Macbook anda. Kalau boleh, cari tempat yang menawarkan servis membaiki Macbook yang berdekatan (jika ada) kerana harganya memang lebih murah berbanding dengan harga kalau hantar ke Apple Servis Center.

Antara punca Macbook padam tiba-tiba dan tidak dapat ON atau Start ialah disebabkan masalah hardware (defective unit) dan mungkin melibatkan motherboard rosak atau ada komponen yang rosak. Tidak ketinggalan juga masalah software atau sensor di Macbook itu sendiri yang biasanya boleh diselesaikan dengan reset balik sistem menggunakan cara yang diterangkan diatas tadi.

Akhir sekali, jangan lupa untuk tanya berapa kos atau harga untuk repair Macbook anda terlebih dahulu. Sebabnya ialah kalau harga terlalu mahal, mungkin ada baiknya untuk anda membeli laptop atau Macbook yang baru, betul tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *