Mengapa Perlu Beli Charger Original (Smartphone, Tablet)

Sekarang ini banyak charger third party yang boleh kita jumpa di kebanyakan kedai-kedai di Malaysia ini. Mengapa kita perlu beli charger original dan bukannya charger third party atau tiruan? Jika kita tengok semakin banyak charger-charger dari third party terutamanya charger smartphone dan tablet disebabkan ramai permintaan dan juga harga charger orginal yang dianggap mahal.

Antara sebab kenapa kita perlu beli charger original berbanding beli charger tiruan atau third party adalah seperti berikut:

Kepentingan membeli dan menggunakan charger original untuk Smartphone atau Tablet:

Mengapa perlu beli charger original smartphone tablet dan bukan third party atau tiruan

Charger yang original mempunyai spesifikasi tersendiri yang matching dengan gadget kita. Sepesifikasi yang dimaksudkan adalah seperti kadar voltage/current yang mengalir semasa charging. Charger third party tidak dapat menjamin sama ada kuantiti arus/voltan yang mengalir menepati piawaian yang sudah ditetapkan untuk gadget kita. Akibatnya berlaku situasi pengaliran arus yang terlalu banyak yang boleh merosakan komponen dalaman gadget kita. Selain itu, pengaliran arus/voltan yang terlalu sedikit juga mungkin tidak akan dapat mengecas gadget kita sepenuhnya atau mengambil masa yang terlalu lama untuk charging.

Charger third party atau tiruan ini juga berpotensi untuk memendekan jangka hayak battery gadget kita sama ada tablet, smartphone ataupun notebook/laptop.

Anda mesti pernah melihat news berkenaan dengan smartphone meletup atau terbakar semasa charging dan ada yang menyebabkan kecederaan kepada pengguna. Kebanyakan kes ini berpunca daripada penggunaan charger tiruan yang bukan original. So, jangan beli charger tiruan atau third party!

Akhir kata, guna atau beli charger original untuk smartphone, tablet dan gadget anda yang lain. Jangan kerana terlalu sayangkan duit anda, anda mengambil risiko untuk produk tiruan atau third party yang belum diketahui kemampuannya. Akhirnya, mungkin anda sendiri yang terpaksa keluarkan duit lebih kalau charger itu tidak berfungsi seperti yang anda harapkan dan mungkin merosakan gadget anda.

One Reply to “Mengapa Perlu Beli Charger Original (Smartphone, Tablet)”

  1. Betul tu Kakipromo….charge yang tiruan ini tidak menjamin keselamatan diri dan di sekitar rumah kita. Mana tahu masa dicharge, berlaku lintas pintas dan terbakar. Apa pun alasan yang asli adalah yang terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *