Apa motosikal termahal di dunia pada masa kini? Motosikal paling mahal di dunia pada masa sekarang ialah motosikal Honda RC213V-S seperti yang pernah digunakan untuk model perlumbaan MotoGP. Harga Motosikal Honda RC213V-S ini juga mengatasi harga untuk Ducati Desmosedici RR dan Kawasaki H2R.
Berapa harga Motosikal Termahal Di Dunia ini?
Anda rasa berapa harga Motosikal Honda RC213V-S ini? Harga Motosikal Honda RC213V-S ini adalah lebih kurang RM685,538 dan yang lebih menarik buat para peminat Motosikal ialah Motosikal Honda RC213V-S ini boleh ditempah secara online melalui laman laman websitenya.
Motosikal Honda RC213V-S ini direka berdasarkan MotoGP Honda dan menggunakan engine V4, 999cc.
Spesifikasi Motosikal Honda RC-213V-S:
- Enjin:
999cc, 4 lejang, cecair penyejuk - Berat (Weight):
160G - Maximum Power:
215 Ps pada 13,000 rpm - Maximum Torque:
118Nm pada 10,500 rpm
Sistem suspension berjenama Ohlins menggunakan gentian karbon seperti motosikal model MotoGP. Motosikal ini juga menggunakan 6 speed transmission dengan klac kering Multiplate dan spring gegelung. Motosikal berkuasa besar ini mula dijual pada 13 July 2015 dan boleh ditempah di laman web RC213V-S dengan harga RM685,538 (Amerika Syarikat). Agak-agaknya dapatkah kita melihat motosikal berkuasa tinggi ini di Malaysia pada masa akan datang?