Panduan Cara Buat Krim Kek dan Bahan-Bahan Resepi

Mesti ramai yang suka makan krim kek bukan? Tapi, berapa ramai yang tahu cara buat krim kek, icing kek dengan sendiri di rumah? Admin yakin, kebanyakan kita pasti akan mengambil jalan senang dengan membeli sahaja krim kek di kedai berbanding meluangkan masa untuk membuat krim kek sendiri bukan? Tambahan lagi, terdapat beraneka jenis krim kek yang boleh kita jumpa di pasaran atau di kedai-kedai kek sekarang ini kan.

Walaubagaimanapun, jika kita tahu membuat krim kek sendiri pasti akan lebih menyeronokan serta lebih kepuasan kepada kita. Selain itu,  kita juga boleh menjimatkan belanja malah jika mahu, sudah boleh membuat bisnes dengan kemahiran ini. Mari kita tengok bahan-bahan dan cara buat resepi krim kek di bawah ini:

Panduan Cara Buat Krim Kek dan Bahan-Bahan Resepi

RESEPI KRIM KEK MENTEGA (BUTTER CREAM)

  • 150 gram mentega
  • 150 gram marjerin
  • 125 gram gula halus
  • Sedikit air
  • 150ml susu cair
  • Pewarna
  • Teh perasa (Esen Vanilla)

Langkah-langkah dan cara buat krim kek mentega:

  1. Mula-mula buat air sirap pekat dan kemudian masukan susu cair kepada air sirap pekat tersebut dan sejukannya.
  2. Ambil mentega dan marjerin untuk diputarkan bersama sehingga kembang.
  3. Langkah seterusnya, ambil sedikit air sirap yang dibuat tadi dan masukan ke dalam adunan sedikit demi sedikit sambil putarkan adunan.
  4. Ambil pewarna dan teh perasa (Esen) Vanilla dan masukan ke adunan.
  5. Akhir sekali masukan adunan tadi ke dalam peti sejuk dan boleh ambil kalau hendak digunakan.

 

RESEPI AISING MENTEGA (BUTTER ICING):

Bahan-bahan untuk Membuat Resepi Krim Kek Aising Mentega atau Icing Cake Cream:

  • 200 gram mentega
  • 400 gram gula aising
  • Sedikit air

Langkah-langkah dan cara membuat krim kek Aising Mentega:

  1. Mula-mula, ambil mentega dan putarkan sehinggan menjadi lembut dan berwarna putih.
  2. Kemudian, masukan sedikit demi sedikit gula aising dan putarkan
  3. Masukan sedikit air dan akhir sekali, pukul adunan sehingga rata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *