Panduan Cara Buat Loan Kereta Di Bank dan Syarat Lulus

Kami yakin orang yang ingin membeli kereta secara loan pasti akan tertanya-tanya dan ingin tahu cara buat loan kereta di bank kan? Mula-mula, anda mestilah pilih dahulu kereta yang ingin anda beli dan bersesuaian dengan gaji dan kemampuan anda.Panduan Cara Buat Loan Kereta Di Bank dan Syarat Lulus

Selepas itu, anda perlu sediakan dokumen wajib buat loan kereta yang diperlukan oleh pihak bank seperti Salinan Kad Pengenalan (MyKad), Salinan Lesen Memandu, Salinan slip gaji selama sebulan dan salinan statement bank anda yang terbaru.

Apa kriteria dan syarat lulus loan kereta oleh bank?

  1. Nama anda tiada dalam senarai blacklist atau diistiharkan muflis/bankrap
  2. Dokumen lengkap seperti salinan IC, lesen memandu, slip gaji dan bank statement. Jika tiada lesen, anda kena dapatkan penjamin (guarantor yang mempunyai lesen).
  3. Bayaran ansuran kereta yang ingin anda beli hendaklah lebih kurang 1/3 dari gaji bersih anda.
  4. Anda wajib mempunyai guarantor jika bayaran ansuran kereta  anda lebih dari 1/3 daripada gaji bersih anda. Guarantor sebolehnya ibubapa, ahli keluarga atau suami/isteri anda. Guarantor anda wajib mempunyai pendapatan tetap.

Contor pengiraan gaji 1/3 anda untuk lulus loan kereta (tanpa guarantor):

Bayaran ansuran bulanan: RM700
RM700 x 3 = RM2100
Gaji Anda: ?

Minimum gaji bersih anda seharusnya RM2100 ke atas untuk loan kereta anda. Walaubagaimanapun. ini cuma pengiraan awal dan jika kurang sedikit mungkin boleh lulus bergantung kepada pihak bank. Apa yang pasti ialah loan kereta anda pasti lulus kalau tidak melebihi 1/3 dari gaji bersih anda.

Contoh pengiraan gaji 1/3 anda untuk lulus loan kereta ( dengan guarantor):

Ansuran kereta: RM700
Gaji Anda: RM1700
Gaji Guarantor: RM1500
Total Gaji Guarantor+Gaji Anda = RM3200
RM3200/3 = RM1066.67

Maka loan kereta anda memang sudah pasti lulus dengan gabungan gaji anda dan guarantor anda. Malah dalam kes ini, anda masih boleh membeli kereta yang ansuran harga sebanyak RM1000 sebulan jika anda mahu.

Selepas anda sediakan semua dokumen untuk beli kereta secara loan, anda boleh beri kepada saleman/saleperson yang berkenaan untuk mereka submit ke bank. Selepas beberapa hari, pihak bank akan call anda dan bertanya beberapa soalan mengenai anda untuk sahkan pembelian kereta anda, nama anda, tempat tinggal, tempat kerja, berapa lama bekerja dan sebagainya. Biasanya tempoh untuk mengetahui lulus loan bank kereta ialah 2,3 hari bekerja dan ada yang memakan masa sehingga seminggu.

24 Replies to “Panduan Cara Buat Loan Kereta Di Bank dan Syarat Lulus

  1. Pada saya bank tidak berapa ambil kesah sangat kalau black list tetapi paling pantang kalau terbabit dengan akpk walaupun sudah habis bayar.Itu yang sedang saya alami.akpk ni adalah untuk meregankan beban bayaran bukan nya tak bayar hutang tapi bila membuat pinjaman dengan bank akpk adalah ayat pantang bagi bank walaupun gaji 6kali ganda untuk bayaran bulan yang dishorkan anda.

    1. Yup.itu betul . Aku dulu nyaris terjebak dgn akpk . Lastly setel ngan bank je direct lg senang . Pastu buat loan utk superbike masih senang lulus walaupun ccris report x cun . AKPK opsyen akhir jika anda mmg x boleh/berkemampuan utk menyelesaikan tunggakan atau baki pinjaman pada institusi pemberi pinjaman dan mengelakkan status bangkrap . Ada hutang jgn lari ,jumpa pegawai bank utk jalan keluar yg mana masing2 dalam situasi menang2. Diorg pasti akan tolong selesaikan masalah ini.

  2. Assalamualaikum tuan saya nama azhari ingin bertanya syarat2 saya baca dlm ni mudah nak loan tetapi di sini baru2 ni saya ada buat loan semua bank tak lulus gaji saya cecah 5ribu keatas tp masih tak lulus juga tgu smpai dkt 3minggu 3x pergibalik overseas pun tak lulus nampak disini staf2 bank ni semua nak kena main hulur kot baru nak lulus. mohon pencerahan

  3. Bila dah lulus loan tu jangan lupa bayar pulak hehe. Apa yang penting adalah, loan yang kita dapat tu tidak membebankan untuk dibayar balik. Seelok-eloknya pilihlah kereta yang harganya dibawah kemampuan bukannya ikut kemampuan 🙂

    Sekadar pandangan peribadi 🙂

  4. Mcm mana pulak kalau loan hanye lepas 20k utk kerta second.. name xpnh buat loan.. xblcklist..xdek ape komitment.. hrge kereta dlm 28k tp loan lps 20k je..

  5. Saya nak tanya,selain daripada ahli kluarga,siape lagi yang boleh jadi penjamin? Klau pak sdare @ mak sdare bleh ke tak?

  6. Salam maghrib, nok tya tuan, jika ansuran 1700 sebulan berapa gaji yg paling minima utk kelulusan loan? Sekian. Tkasih

  7. Isteri saya hendak menjadi penjamin utk loan kereta adiknya.
    Adakah perlu penjamin mengemukakan penyata bank 3 bulan terkini sedangkan isteri sy pekerja kerajaan?
    sedangakan adiknya hanya mengemukakan salinan kad pengenalan dan lesen memandu shj.

    mohon jawap keraguan kami. tk.

  8. Assalammualaikum . Gaji bersih saya 1400 dan saya baru berkerja selama 4bulan . Adakah saya layak membuat loan untuk Axia atau Myvi ?

  9. Saya nak tanya. Saya still student and saya nak ambik kereta guna nama kakak saya. Basic gaji dia rm2500 tapi bila buat loan tak pass jugak. Katanya sebab ptptn.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *