Pemilihan Tayar Motosikal Terbaik Dan Sesuai Yamaha 135LC

Anda tahu membuat pemilihan tayar motosikal terbaik dan paling sesuai dari segi keselamatan, driving experience dan juga harga? Jom tengok jenis tayar motosikal terbaik dan sesuai serta tayar yang tidak sesuai untuk motosikal Yamaha 135LC atau mungkin juga motosikal yang lain termasuk motosikal murah.

Pemilihan Tayar Motosikal Terbaik Dan Sesuai [Yamaha 135LC]  Maxxis Diamond

Maxxis Diamond

Tayar yang popular digunakan oleh penunggang motosikal termasuk Yamaha 135LC. Daripada banyak review tayar mana yang sesuai untuk motosikal seperti Yamaha 135LC, tayar Maxis Diamond merupakan tayar paling popular disebabkan ciri-cirinya yang selamat dan reliable digunakan ketika panas (jalan kering), hujan (jalan basah) dan juga di selekoh-selekoh. Selain itu harga tayar ini juga agak berpatutan sekitar RM90 hingga RM200 lebih mengikut saiz tayar. Tayar ini bagaimanapun agak cepat haus mungkin disebabkan grip tayar ini yang memang kuat.

Pemilihan Tayar Motosikal Terbaik Dan Sesuai [Yamaha 135LC] Battlax

Bridgestone Battlax

Tayar mahal dalam lingkungan RM200 – RM450. Tayar ini memang kualiti tayar motosikal terbaik cuma masalahnya mungkin harganya yang mahal. Tapi kalau anda ada duit lebih sikit dan pentingkan keselamatan dan drive experience yang terbaik, tayar Battlax ini pilihan yang terbaik untuk motosikal anda.

 Michelin Pilot Sporty

Antara jenis tayar yang tidak sesuai untuk motosikal Yamaha 135LC. Kelemahan tayar ini ialah sangat licin ketika hujan atau jalan basah. Yang peliknya, grip tayar agak baik kalau jalan kering tapi  macam meluncur di jalan kalau bawa ketika hujan (jalan basah) walaupun kelajuan biasa. Brek dia ketika jalan kering dan jalan basah memang sangat berbeza! Kalau brek atau nak membelok ketika hujan, sila bawa dengan kelajuan yang pelahan sebelum sampai ke selekoh sebab berkemungkinan motosikal akan hilang kawalan, terhuyung-hayang dan lebih teruk lagi jatuh huhu.

Vee Rubber

Tayar standard kilang macam ini kurang sesuai digunakan di selekoh dan juga ketika hari hujan atau jalan basah. Guna tayar ini memang rasa sangat2 licin macam meluncur di jalan. Anda tak perlu jadi pakar drift kalau nak buat aksi drift di jalan. Kalau anda beli motosikal Yamaha 135LC baru keluar kedai, tayar vee rubber inilah yang anda dapat. Admin pakai sekejap lepas tu tukar selepas beberapa hampir2 terjatuh accident ketika brek semasa bawa masa hari hujan walaupun bawa pelahan je (40km/j-6-km/j.) Pakai tayar ni waktu hari hujan macam terapung saja di jalan dan mudah sangat tergelincir. Walaupun pakai ketika hari panas (jalan kering) pretasi tayar ini agak baik, tapi SAFETY 1st, tukar baru, tak nak ambil risiko.

Pirelli

Tayar soft compound yang mempunyai grip atau cengkaman yang kuat ketika panas ataupun hujan. Tayar Pirelli dan Battlax mungkin dua jenis tayar yang paling terbaik untuk motosikal, cuma harganya agak mahal jika dibandingkan dengan tayar lain.

Duro RS

Tayar ini pun agak popular dan grip Duro RS ini memang kuat ketika jalan kering. Kalau hujan pula sedikit licin dan perlu pandai sesuaikan diri bawa motor pakai tayar Duro ini ketika waktu hujan dan panas. Duro RS ini memang best dan rasa selamat kalau bawa ketika di corner atau selekoh. Bunga tayar ini biasanya jadi botak selepas jarak lebih kurang 6000km – 8000km.

FDR Sport

Tayar FDR ini juga salah satu tayar yang popular dan boleh dipercayai dari segi performancenya. Tayar ini pilihan yang bagus jika anda mahukan tayar terbaik dalam lingkungan harga RM150 – RM200, murah lagi dari harga Pirelli dan Battlax.

Shinko Evo

Rupa bentuk lebih kurang sama macam Maxxis Diamond dan harga pun lebih kurang sama.

Antara jenis tayar motosikal  lain-lain lagi yang ada di pasaran:

  • Corsa (S33, S23, Terminator)
  • IRC
  • Dunlop (TT100, TT500, TT900, TT901, TT500, etc)
  • Swallow Samurai

Bagi anda yang suka layan corner, tips pemilihan tayar terbaik motosikal anda ialah pastikan saiz tayar di bahagian depan lebih kecil berbanding saiz tayar di bahagian belakang dan gunakan tayar jenis lembut (tayar soft compound).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *