Pengalaman Hantar Smartphone ke Sony Service Center

Anda ada pengalaman hantar Smartphone ke Sony Service Center menggunakan Warranty Card di Malaysia? Baru-baru ini, Smartphone Sony Xperia Z3 Compact admin telah mengalami sedikit masalah touch screen iaitu ada bahagian touch screen yang tidal berfungsi walaupun disentuh. Bahagian yang tidak berfungsi adalah spending garish lurus di skrin dari atas ke bawah seperti yang ditunjukan oleh gambar di bawah.

Warna merah (Red) ialah merupakan bahagian touch screen yang tidak berfungsi apabila disentuh dan menyebabkan masalah untuk swipe kiri ke kanan, serta untuk menaip disebabkan beberapa huruf yang berada di kawasan merah yang tidak dapat digunakan.

Sebelum mengambil keputusan untuk menghantar ke Sony Servis Center, admin sudah cuba banyak cara basic untuk mengatasi masalah touch screen problem ini seperti restart banyak kali, factory reset, update software dan sebagainya. Namun, kesemua cara tidak menunjukan hasil dan memang sudah pasti sebab touch screen Sony Xperia Z3 Compact ini bermasalah adalah disebabkan masalah hardware. Ya, tidak dinafikan Smartphone ini sudah pernah jatuh berkali-kali tapi tidaklah teruk sangat dan screen masih okay dan tiada kesan scratch (mungkin disebabkan menggunakan screen protector serta casing percuma yang diberi semasa membeli Smartphone ini).

Admin hantar Smartphone ke Sony Service Center disebabkan masih ada dalam tempoh warranty dan tidak mahu terburu-buru menghantar ke kedai repair Smartphone yang sudah pasti perlu keluarkan duit. Sebenarnya, admin pun tidak pasti sama ada Smartphone Sony yang rosak dalam tempoh warranty akan diberikan servis repair secara percuma atau berbayar sebab belum pernah lagi hantar Smartphone ke Sony Service Center.

Mula-mula admin pergi ke tempat admin beli Smartphone Sony ini di Sony Centre. Disana staff beritahu admin kalau hendak cepat, boleh hantar direct pergi ke Sony Service Center terus. Disebabkan, tempat Sony Service Center pun memang berdekatan, so admin pergi hantar terus ke sana.

Apa perlu dibawa untuk menghantar Smartphone ke Sony Service Center menggunakan warranty?
Kita hanya perlu bawa Warranty Card sahaja dan tidak perlu bawa full set (box, charger,earphone, etc). Cuma perlukan Warranty Card sahaja seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah:

 

Sampan disana, terus beritahu staff di Sony Servis Centre akan masalah Smartphone iaitu Touch Screen problem. Dia tanya ada bawa warranty card tak, admin memang ada bawa sekali warranty card dan beri pada dia. Selepas itu dia akan ambil nama dan nombor telefon dan berikan resit untuk disimpan dan dibawa untuk mengambil balik Smartphone nanti.

Sempat juga tanya berapa lama tempoh untuk repair Smartphone yang dihantar ke Sony Service Center guna Warranty. Dia beritahu, kalau sempat dalam seminggu dua, dan paling lama mungkin sebulan. Tak lupa juga tanya, perlu bayar ke tidak untuk repair atau ada sebarang caj yang dikenakan. Paling best dia kata kalau kes macam touch screen problem ini, biasanya tiada bayaran dikenakan asalkan masih under warranty. Bagi admin tidak apa asalkan kos untuk repair Smartphone tersebut masih lagi free dan ditanggung oleh Warranty Card.

Selepas lebih kurang dua minggu lebih atau lebih tepat lagi, 17 hari, admin mendapat panggilan telefon daripada Sony Service Center yang mengatakan Smartphone Sony Xperia admin sudahpun dibaiki dan boleh diambil. Admin pun pergi ambil keesokan harinya dengan membawa resit yang diberikan mereka dulu untuk diberikan balik pada mereka. Mereka beri semula Smartphone yang siap dibaiki serta Warranty Card kepada admin.

So, secara keseluruhannya, admin berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh Sony Service Center ini dan sudah tentulah gembira sebab tidak perlu keluarkan duit untuk repair Smartphone ini. p/s Masih lagi tunggu Sony Xperia Z3 Plus untuk datang ke Malaysia tahun ini.

2 Replies to “Pengalaman Hantar Smartphone ke Sony Service Center

  1. salam admin, sekadar ingin bertanya. z3 compact sy juga mempunyai masalah yang sama dgn admin. tetapi wrranty sudah tamat. berapa agaknya anggaran kos utk repair screen tersebut?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *