Pengiklanan Innity Di Blog

Baru-baru ini, admin mendapat email dari seorang staff dari syarikat Pengiklanan Innity, salah satu syarikat pengiklanan yang popular di Malaysia ini. Sebenarnya sebelum ini, admin sudah ada akaun innity dengan satu blog sahaja, yang diapprove oleh Innity pada tahun 2012 dahulu.

Tapi blog itu sebenarnya ada sedikit problem dan sudah lama tidak diupdate disebabkan agak lama tidak aktif dengan blog. Hujung bulan lepas, hosting pun sudah expired dan admin masih belum ada plan untuk aktifkan balik sebab kekangan masa yang tidak mencukupi untuk luangkan masa update entri di banyak blog. Terlalu banyak blog kadang-kadang tidak bermakna kalau tidak selalu dikemaskini dengan entri-entri yang baru dan besar kemungkinan akan terbengkalai macam itu saja nanti.

Berbalik semula kepada tajuk, email dari pihak Innity ialah site review dan mereka bertanya kenapa blog saya tiada lagi guna tag atau iklan innity diletakkan di situ. So, admin beritahu sebab-sebabnya iaitu blog problem dan sudah lama sangat tak update dan sekarang fokus balik dengan blog baru.

Lepas itu, alang-alang dah dapat email dari Innity ini, admin tanya sekali kalau boleh tambahkan blog ini ke akaun Innity admin yang sedia ada (admin attachkan sekali statistik blog dari Google Analytic & Awstats). Untuk pengetahuan anda, akaun Innity tidak boleh masukan blog-blog yang lain sesuka hati dan kena mohon untuk setiap blog untuk direview dahulu oleh mereka sebelum dapat approve.

Berbeza dengan Nuffnang, Google Adsense, Komli dan lain-lain lagi dimana apabila kita sudah ada akaun, kita boleh sumbat mana-mana blog kita yang lain dalam akaun kita tanpa perlu direview lagi.

Keesokan harinya, email reply dari Innity masuk ke inbox mengatakan blog ini telahpun dimasukan ke akaun Innity admin. Terima kasih kepada pihak pengiklanan Innity.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *