Penyelesaian Masalah Charger Macbook Air Problem Tidak Berfungsi

Baru-baru ini, admin mengalami masalah charger Macbook Air admin tidak berfungsi. Magsafe charger langsung tidak mengecas Macbook dan seperti lampu LED tidak menyala. Pada mulanya memang fikir charger itu atau nama lebih spesific lagi, Apple 45W Magsafe 2 Charger Adapter sudah rosak.

Kalau difikirkan, cara penggunaan admin selama ini agak ganas dan kasar sikit, suka tarik-tarik charger itu dan kadang-kadang tersangkut dan lepas tu tarik. So, penyelesaian yang admin buat untuk mengatasi masalah charger Macbook Air tidak berfungsi ialah seperti berikut:

Penyelesaian Masalah Charger Macbook Air Problem Tidak Berfungsi Magsafe 2 Adapter

Cara-cara penyelesaian masalah Charger Macbook ni admin jumpa di internet dan ikut logik sendiri saja:

  1. Cuba OFF dan pasang balik Macbook
  2. Cuba guna di socket yang lain
  3. Tengok-tengok dan pusing-pusingkan charger
  4. Cuci mana-mana part yang kotor
  5. Cuba reset SMC (tekan Shift, Control, Option dan Power serentak) dan hidupkan semula
  6. Panaskan dengan haba
Atasi Masalah charger Macbook Apple 45W MagSafe 2 Power Adapter Problem
Charger Macbook Apple 45W MagSafe 2 Power Adapter

Admin dah cuba semua cara di atas termasuk 2 cara yang popular dan sering disebut-sebut orang ketika admin search di internet tentang masalah charger Macbook Air ini. Semua cara pun tak berkesan, admin siap panaskan lagi charger adapter itu guna pengering rambut sampai agak panas tapi tak berkesan pula. Kalau search internet, ramai yang kata kalau panaskan jer boleh atasi masalah ini, emm.

So, lepas tak dapat selesaikan, terpaksalah pergi ke kedai Apple Authorize Seller yang berdekatan. So admin pun bawa Macbook dengan charger sekali dalam beg. Sampai di kedai, tanya dengan seller kalau ada Charger Macbook Air (45W Magsafe 2 Charger Adapter), tapi tak ada stock yang tinggal, cuma ada charger untuk Macbook Pro je (power watt tinggi).

Masa itu, admin minta mereka tolong cuba uji Macbook Air admin untuk pastikan kalau betul-betul Charger Macbook yang problem. Yang peliknya ketika seller itu cuba, charger Admin hidup pula dan LED menyala dan di screen ada tunjukkan charging.  Agak pelik dan admin dan seller tu pun buat andaian tempat socket yang admin gunakan tidak bagus…emm. Sebenarnya, admin sudah cuba di banyak socket di rumah tapi tetap tak hidup pun. Takpelah, balik ini cuba lagi.

Sampai di rumah, admin pun cuba sambungkan charger Macbook dengan socket di rumah dan sambung ke Macbook Air sekali. Pelik juga, sebab charger itu hidup, berfungsi dan LED menyala. Tapi, kegembiraan tidak lama sebab tak sampai 15 minit, charger itu kembali tidak berfungsi dan LED pun tidak menyala. Sehari suntuk admin cuba kalau-kalau charger itu kembali berfungsi, tetapi hasilnya negatif. So, keesokan harinya, admin pergi semula ke kedai Apple Authorize Seller juga, tapi bukan yang dulu itu.  Yelah, kedai dulu itu kan tak ada stock charger, so pergilah ke kedai lain. Macbook Air dan charger simpan di beg untuk dibawa bersama-sama. Kat kedai lain itu pun sama juga tak ada stock untuk Macbook Air charger, cuma stock untuk Macbook Pro. Mungkin banyak sangat orang yang ada masalah charger Macbook Air ni kot. Masa itu, admin pun saja minta seller di situ uji charger admin, so mereka pun uji dan peliknya, charger itu berfungsi dengan baik, LED menyala. Pelik kan? -_- .  Admin pun minta mereka cuba di Macbook Air admin pula guna dan hasilnya pun okey juga, charger dan Macbook berfungsi. Oleh kerana charger dan Macbook berfungsi, admin pun balik semula ke rumah.Penyelesaian Masalah Charger Macbook Air Problem Tidak Berfungsi Magsafe 2 Adapter LED

Sampai di rumah, admin pun cuba sambungkan charger dengan socket dan charger Macbook Air admin berfungsi dengan LED sekali menyala! Gila, betul-betul gila!  Selepas admin fikir dengan masak-masak, admin pun sedar bahawa Macbook Air dan charger admin berfungsi selepas admin letakan dalam beg. Admin rasakan bahawa kemungkinan besar, cara yang last sekali admin senaraikan di atas tadi iaitu panaskan Charger Adapter tadi adalah jawapan kenapa charger admin berfungsi dan masalah selesai. Mungkin juga haba dalam beg itu yang menyebabkan Charger itu berfungsi? Entahlah, mungkin panaskan itu bukan untuk charger sahaja tetapi juga Macbook sekali sebab sebelum ini pun admin dah panaskan charger Macbook dengan pengering rambut. Kalau ikutkan, lagi panas kalau guna pengering rambut.

Sekarang ini, charger admin masih lagi okey dan berfungsi. Kira masih selamatlah duit untuk beli charger Macbook Air baru. Harga charger Macbook Air paling murah pun seratus lebih, itu pun jual online saja, kalau ori, harga dua ratus lebih. Harap masalah charger Macbook Air admin tidak berlaku lagi. Oh ya, Macbook Air admin ialah versi 2013 dan rasanya admin akan terus gunakan sehingga ada laptop yang berharga lingkungan RM2500 ke bawah yang mempunyai spesifikasi yang lebih menarik lagi masa akan datang. Mesti ada bukan, sebab setiap tahun, spesifikasi laptop biasanya akan lebih canggih dan ada yang lebih murah, hehe.

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *