Perkara Yang Lelaki Tidak Suka Dan Benci

Apakah perkara yang lelaki tidak suka dan benci? Anda rasa anda sudahpun mengenali kaum lelaki dan tahu akan sikap perempuan yang dibenci lelaki? Anda mungkin perlu fikirkan sekali lagi, sebab seperti juga perempuan, lelaki juga sangat sukar untuk difahami. Lelaki kadang-kadang suka berlakon seolah-olah dia suka tetapi sebenarnya dia langsung tak suka atau suka sikit-sikit sahaja.

Lelaki yang rapat dengan ramai perempuan itu bukan bermaksud dia lelaki playboy tetapi memang adalah sikap semulajadi sesetengah lelaki yang mudah rapat dengan perempuan, berkemungkinan zaman kanak-kanak dia dibesarkan dengan dikelilingi kawan-kawan atau adik-beradik perempuan. So, anda jangan salah anggap. Contohnya, anda rasa lelaki suka akan sesuatu benda itu, contohnya kalau dia memakai baju jersi Barcelona, anda beranggapan dia adalah peminat pasukan Real Madrid tetapi dia sebenarnya dia adalah peminat Real Madrid. Dia pakai baju itu sebab orang belikan untuk dia sahaja.

Oleh itu, kalau dulu kami pernah bercerita mengenai tanda-tanda lelaki sukakan perempuan, mari kita tengok beberapa perkara yang lelaki tidak suka dan benci seperti yang disenaraikan di bawah ini:

Perkara Yang Lelaki Tidak Suka Dan Benci

Lelaki sangat tidak suka dipaksa untuk melakukan sesuatu yang dia tidak minat langsung. Oleh itu, kalau sudah 2,3 kali dia menolak untuk berbuat sesuatu yang tidak disukainya, maka tak payahlah buang masa lagi untuk memujuk atau memaksa dia untuk melakukannya. Lebih parah lagi kalau dia jadi marah dan menyampah dengan sikap anda.

Lelaki tidak suka kalau kekasihnya cuba rapat dengan rakan-rakannya tanpa pengetahuannnya. Mereka merasakan perbuatan sedemikian bermaksud pasangannya tidak mempercayainya 100% dan mahu mengorek rahsianya melalui rakan-rakannya itu. Sebenarnya tidak salah kalau anda (perempuan) rapat dengasn kawan-kawannya tetapi janganlah diluar pengetahuannya sebab kalau kawannya memberitahu dia bahawa anda (perempuan) ada berhubung dengannya,  nanti dia akan fikir yang bukan-bukan.

Lelaki tidak suka kalau ditegur tentang perkara yang mereka minat. Kalau lelaki itu mempunyai hobi atau minatnya yang tersendiri, anda jangan sesekali cuba untuk menghalang minatnya lebih-lebih lagi melarang dia melakukannya. Kalau sudah minat akan sesuatu, memang sangat susah untuk membuang minat tersebut.

Lelaki juga sangat tidak suka kalau anda menegurnya di tempat yang terbuka dan dikelilingi orang ramai. lelaki mempunyai sikap ego yang tersendiri dan merepa pantang kalau ada sesiapa yang menjatuhkan maruah mereka terutama ketika di khalayak ramai. Lelaki biasanya akan lebih terbuka untuk terima teguran jika anda menegurnya dengan senyap-senyap dan juga cara yang betul serta di tempat yang sesuai tanpa ada sebarang niat untuk memalukannya.

Lelaki tidak suka wanita yang ketawa sampai tak ingat dunia. lelaki tidak kisah kalau perempuan itu suka bercakap dan bergosip sesama sendiri tetapi lelaki sangat tidak suka perempuan yang ketawa terbahak-bahak sampai tak ingat dunia. Bukan sahaja tidak suka, tetapi juga rasa menyampah.

Lelaki tidak suka bercerita tentang rahsia atau masalah mereka kepada orang lain walaupun kepada rakan-rakan yang terdekat. Mereka seboleh-bolehnya ingin menyimpan rahsia  atau masalah mereka selagi mampu dan hanya akan meluahkannya apabila sudah tidak tahan lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *