Petua Awet Muda Dengan Khasiat Pucuk Gajus

Entri kali ini ialah petua awet muda dengan menggunakan khasiat pucuk gajus. Siapa yang tidak mahu kelihatan sentiasa muda daripada umur yang sebenarnya bukan? Ya, kita memang tidak akan dapat mengatasi atau mencegah proses penuaan, tetapi kita tetap boleh melakukan sesuatu supaya umur lebih panjang dan kelihatan sihat selalu seperti masa mudah. Bagaimana cara untuk melambatkan proses penuaan atau petua cara awet muda yang boleh dipraktikan dan senang untuk diamalkan?

Salah satu petua awet mudah yang mudah ialah dengan menggunakan pucuk gajus. Cara-caranya adalah seperti berikut iaitu dengan memakan pucuk gajus atau meminum air rebusan gajus.

Petua Awet Muda Dengan Khasiat Pucuk Gajus

Makan Pucuk Gajus
Ambil pucuk gajus dan bersihkannya. Selepas itu anda boleh makan pucuk gajus sebagai ulam-ulaman. Pucuk gajus mengandungi bahan antioksida yang boleh membantu menutralkan serta membuang toksin dalam badan kita. Amalkanlah selalu.

Minum Air Rebusan Gajus
Ambil pucuk gajus dan bersihkan terlebih dahulu. Selepas itu rebuskan pucuk gajus sehingga mendidih dan tunggu sehingga airnya jadi suam sebelum meminum air rebusan puck gajus tersebut. Selain daripada digunakan untuk petua awet muda, air rebusan gajus ini juga terbukti mempunyai banyak khasiat dan kebaikan kepada badan kita seperti menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kencing manis, merawat penyakit sakit perut, cirit-birit dan menyegarkan badan. Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk merawat dan meredakan sakit ulser mulut. Amalkan minum air rebusan gajus sekerap yang boleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *