Petua Cara Hilangkan Kesan Parut Di Badan Berkesan

Perkongsian petua cara hilangkan kesan parut di badan dengan berkesan. Badan anda ada parut tak atau ada bekas jerawat? Parut yang berpunca daripada terjatuh, terluka, terlanggar, kemalangan atau disebabkan kecuaian kita terutama sewaktu kita masih budak-budak yang suka berlari ke sana-sini pasti ada meninggalkan kesan parut yang mungkin masih kelihatan sehingga sekarang.

Parut adalah berpunca daripada kecederaan yang berlaku kepada badan kita dan luka yang dalam atau teruk sedikit akan meninggalkan parut. Pernahkah anda terfikir untuk membuang atau menghilangkan kesan parut pada badan anda? Apa kata kalau anda cuba gunakan petua cara hilangkan kesan parut di badan yang diamalkan oleh orang zaman dahulu:Petua Cara Hilangkan Kesan Parut Di Badan BerkesanBiji Pisang Emas
Dengan menggunakan beberapa biji pisang emas, sila kupas dahulu kuit pisang dan gunakan bahagian dalam kulit pisang emas tadi untuk disapu atau ditenyehkan kepada bahagian parut di badan kita. Buat setiap hari untuk mendapatkan hasilnya.

Lidah Buaya
Ambil daun lidah buaya (aloe vera) yang masih segar dan sapukan lendir lidah buaya ke kesan parut di tubuh anda. Anda disarankan untuk menyapu lendir lidah buaya ini pada waktu malam sebelum tidur dan cuci pada keesokan paginya apabila anda mandi.

Bedak Sejuk dan Cekur
Tumbuk cekur sehingga halus dan campurkan dengan bedak sejuk. Ambil campuran bedak sejuk dan cekur ini dan sapukan kepada bahangian parut di badan anda sebaik-baiknya sebelum tidur. Lakukan dengan kerap untuk melihat hasilnya.

Biji Asam Jawa
Ambil biji asam jawa dan gorengkan tanpa minyak selama lebih kurang 4,5 minit. Selepas itu, ambil biji asam jawa tadi dan goreskan pada batu atau mana-mana benda yang permukaan kasat untuk mengeluarkan serbuknya. Apabila serbuknya telah keluar, anda titiskan dengan air. Selepas itu, sapukan pada kesan parut di badan anda. Sila lakukan dengan kerap untuk melihat perubahan.

Timun dan Tomato
Ambil timun dan tomato dan kisarkan. Ambil hampas tomato dan timun tersebut dan sapukan pada bahagian kulit yang berparut. Amalkan dengan kerap sekurang-kurangnya 4,5 hari sekali. Oh ya, air yang ditapis tadi boleh diminum bagi menyejukan badan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *