Petua Cara Merawat Penyakit Kencing Manis Berkesan

Ketahui petua dan cara merawat penyakit kencing manis dengan berkesan. Penyakit kencing manis atau juga dikenali sebagai diabetis mellitus merupakan salah satu penyakit yang boleh memudaratkan tubuh badan kita jika tidak dikawal dari awal lagi. Apabila berbicara mengenai penyakit kencing manis, kita mesti akan terbayang akan makanan manis dan bergula yang sering kita ambil seharian.

Antara akibat penyakit kencing manis ini ialah melambatkan proses penyembuhan luka di badan disebabkan kekurangan pengeluaran insulin oleh pankreas dalam badan terjejas dan seterusnya boleh menyebabkan badan kita bertoksin tinggi dan menyebabkan luka kita tidak sembuh-sembuh dan menjadikan tempat luka itu mereput dan busuk.

Petua Cara Merawat Penyakit Kencing Manis Berkesan

Punca utama penyakit kencing manis ini adalah disebabkan pengambilan gula yang berlebihan yang berpunca daripada makanan atau minuman yang manis. Dibawah ialah cara mengubat penyakit kencing manis yang boleh kita amalkan.

Petua Merawat dan Cara Hilangkan Penyakit Kencing Manis:

  • Minum air masak dengan banyak, pastikan anda minum air masak (kosong) lebih banyak daripada air bergula seperti Milo, Kopi dan sebagainya.
  • Makan atau minum makanan yang beralkali tinggi untuk meneutralkan asid berlebihan dalam badan. Contohnya ialah seperti sayur-sayuran hijau, buah-buahan, air mineral.
  • Makan pucuk pegaga sebagai ulam atau minum air rebusan akar dan daun pegaga.
  • Kisarkan peria untuk dibuat jus sebelum minum atau rebus dan tapis air peria dan kemudian minum.
  • Minum air rebusan petai sama ada dari buah ataupun dari batang pokok petai.
  • Minum air rebusan kulit buah jering atau kulit pokok jering.
  • Minum air rebusan pokok belimbing tanah.
  • Minum air rebusan daun sirih dan bawang merah.
  • Bersenam atau bersukan selalu (2,3 kali seminggu)
  • Gantikan gula putih dengan madu.

Penyakit kencing manis boleh dikawal dan dirawat sekiranya kita mengambil pendekatan awal dan mengubah cara hidup dan pemakanan kita. Kurangkan pengambilan gula dalam minuman atau makanan kita setiap hari bagi menghindar dari penyakit kencing manis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *