Petua Cara Mudah Hilangkan Jerawat dan Jeragat Berkesan

Jom tengok beberapa petua cara mudah hilangkan jerawat dan jeragat di muka.  Masalah jerawat dan jeragat memang menjadi salah satu masalah buat lelaki dan perempuan apabila meningkat dewasa. Banyak cara sebenarnya untuk mengatasi masalah jerawat dan banyak panduan cara mudah hilangkan jerawat dan jeragat di muka.

Petua Cara Mudah Hilangkan Jerawat dan Jeragat Di Muka

Petua Cara Mudah Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi
Percaya tak anda kalau ubat gigi anda boleh dijadikan sebagai salah satu mudah hilangkan jerawat dan juga cara paling murah sebab belanja pun sikit saja yang keluar. Caranya, cuma sapukan ubat gigi di bahagian yang ada jerawat itu dan biarkan sekejap sebelum bilas. Tapi cara ini tidaklah berkesan sangat cuma boleh digunakan kalau dah tiada cara lain hehe.

 Petua Cara Mudah Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur
Satu lagi cara mudah hilangkan jerawat ialah dengan menggunakan putih telur. Telur senang saja nak cari, di dapur majoriti mesti ada kan? Petua menghilangkan jerawat dengan putih telur ialah asingkan putih telur dengan kuning telur, anda mesti faham apa itu putih telur bukan. Cara hilangkan jerawat dengan putih telur ialah sapukan putih telur ke muka anda dan kemudian biarkan beberapa minit (20 – 30 minit) sebelum cuci muka anda dengan air (sebaiknya air suam).

Petua Cara Mudah Hilangkan Jerawat Dengan Tomato, Timun, etc
Buah tomato dan timun memang mempunyai banyak khasiat dan kegunaan yang berfaedah kepada kita. Buah tomato dan timun boleh membantu kita menghilangkan jerawat dan bintik-bintik hitam (blackheads) di muka kita. Petua hilangkan jerawat dengan tomato atau timun ialah dengan hiris dulu tomato atau timun dan kemudian lumurkan ke muka kita. Biarkan untuk tempoh yang lama (30 minit – 60 minit) sebelum cuci muka. Anda digalakkan untuk amalkan makan tomato atau timun selalu. Cara yang sama juga boleh digunakan untuk bawang putih, betik dan limau nipis.

Tips penjagaan wajah untuk mencegah jerawat timbul:

  • Basuh muka minimum 3 kali sehari dan gunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka anda.
  • Gunakan air suam untuk basuh muka
  • Elakan makanan yang berminyak seperti makanan bergoreng (nasi/mee goreng), makanan yang pedas dan makanan yang terlalu manis sebab boleh merangsangkan kulit dan menghasilkan minyak di muka dan seterusnya menyebabkan jerawat timbul.

7 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com