Petua Dan Cara Mencerahkan Kulit Wajah Dengan Berkesan

Bagaimana cara mencerahkan kulit wajah dengan cepat dan berkesan? Kami yakin, anda mesti pernah teringin untuk mencerahkan semula kulit wajah anda seperti ketika zaman dahulu kala, iaitu ketika anda masih kecil-kecil lagi. Tidak dinafikan, kulit wajah kita akan sentiasa berubah dan mula menjadi gelap akibat terlalu banyak terdedah kepada persekitaran terutama daripada sinaran matahari. Mungkin sekarang anda tidak lagi bermain atau terdedah kepada panas terik berbanding zaman budak-budak dahulu, tetapi kulit anda sudahpun menjadi gelap akibat kegiatan lasak anda dulu-dulu.Petua Dan Cara Mencerahkan Kulit Wajah Dengan Berkesan

Apabila meningkat dewasa, sudah pasti ramai yang mula menitikberatkan tentang kecantikan dan penampilan diri mereka. So, disini kami ingin berkongsi tentang petua dan cara untuk mencerahkan kulit wajah dengan cepat dan memutihkan kembali kulit muka kita seperti asalnya:

  • Ambil sebiji telur ayam dan pecahkan. Kemudian campurkan isinya dengan minyak kelapa dan juga sesudu madu lebah. Kacau bahan-bahan tersebut sehingga sebati dan rata. Selepas itu simpankan selama lebih kurang sejam dalam peti sejuk.
  • Kemudian, sapukan pada seluruh permukaan muka dan biarkan selama lebih kurang setengah jam sebelum dibilas dengan air bersih. Amalkan dengan selalu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
  • Ambil beras 1 sudu besar dan kisarkan sehingga menjadi halus. Selepas itu, campurkan beras tadi dengan sesudu madu lebah bersama-sama dengan sedikit teh yang pekat. Kemudian kacau dan gaulkan bahan-bahan tadi sehingga menjadi pekat. Akhir sekali ,sapukan krim pekat (campuran bahan-bahan tadi) kepada seluruh permukaan kulit. Tunggu beberapa lama sehingga ianya menjadi kering dan anda boleh basuh atau bilaskan wajah anda dengan air bersih. Amalkan selalu.
  • Gunakan limau nipis dan putih telur juga terbukti berkesan sebagai salah satu petua dan cara mencerahkan kulit wajah dengan berkesan. Perahkan limau nipis dan campurkan dengan putih telur dan kemudian kacau hingga sebati dan rata. Selepas itu, sapukan pada seluruh permukaan kulit wajah dan tunggu sehingga kering (20-30 minit). Akhir sekali, cuci muka anda dengan air suam atau air bersih. Cara ini juga sangat berkesan untuk menyingkirkan bintik-bintik hitam di wajah.
  • Selain itu, untuk mencerahkan wajah, kita perlukan kulit kita sentiasa lembap dan berseri-seri. Antara petua untuk melembabkan kulit wajah ialah dengan menggunakan buah pisang. Apa yang kita perlu buat ialah lumatkan atau hancurkan pisang itu dan kemudian sapukan di muka kita. Kemudian, tunggu sehingga ianya menjadi kering sebelum bilas atau cuci wajah dengan air yang bersih. Amalkan selalu bagi mendapatkan hasil yang terbaik.

Source

One Reply to “Petua Dan Cara Mencerahkan Kulit Wajah Dengan Berkesan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *