Petua dan Cara Turunkan Tekanan Darah Tinggi Berkesan

Entri ini untuk berkongsi serba sedikit tentang petua dan cara turunkan tekanan darah tinggi dengan berkesan. Apabila umur semakin meningkat maka risiko anda untuk terkena tekanan darah tinggi juga akan semakin meningkat.

Petua dan Cara Turunkan Tekanan Darah Tinggi BerkesanPunca tekanan darah tinggi ini pada dasarnya berpunca daripada pilihan makanan yang kita ambil seharian sejak dulu lagi dan juga aktiviti seharian kita seperti suka tidur lambat dan tidak cukup rehat.

Apa tanda-tanda anda ada tekanan darah tinggi (High Blood Pressure)?

  • Selalu rasa mengantuk walaupun tidur lebih daripada mencukupi.
  • Selalu rasa letih
  • Kurang stamina untuk melakukan akitiviti lasak atau aktiviti seharian
  • Selalu berasa pening kepala atau diserang migrainPetua dan Cara Turunkan Tekanan Darah Tinggi Berkesan

Tekanan darah tinggi menyebabkan badan otak kita kurang mendapat bekalan oksigen yang sepatutnya disebabkan salauran darah yang sempit. Akibat daripada tekanan darah tinggi yang tidak dikawal boleh menyebabkan seseorang itu terkena strok dan serangan jantung! Oleh itu, sila jangan ambil mudah jika anda ada penyakit darah tinggi dan berjumpa dengan doktor untuk mengambil ubat-ubat yang diperlukan.

Apa cara atau petua turunkan darah tinggi berkesan?

  • Ubah cara pemakanan anda dan selalulah makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Antara contoh buah-buahan yang bagus untuk kurangkan tekanan darah tinggi ialah Epal hijau, limau, pisang, cincau, bawang putih dan carrot.
  • Sentiasa bergerak aktif seperti bersukan, jogging dsb
  • Tidur dan rehat secukupnya
  • Kurangkan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan segera dan juga kurangkan pengambilan daging terutama yang banyak kolestrol.
  • Minum minuman herba
  • Cuba elakan atau kurangkan makan benda yang masin seperti telur masin, ikan masin dsb
    Kurangkan pengambilan minuman manis dan elakan minuman keras
  • Jangan terlalu Stress (tekanan perasaan)

Petua dan Cara Turunkan Tekanan Darah Tinggi Berkesan

Tekanan Darah Normal
Tekanan darah anda adalah dalam keadaan normal sekiranya tekanan darah anda kurang daripada 120/80. Anda boleh membuat pemeriksaan tekanan darah di hospital, klinik, farmasi atau anda juga boleh beli sendiri peralatan untuk memantau dengan lebih teliti kadar tekanan darah anda. Jika anda ada masalah tekanan darah tinggi, silalah ubah cara hidup anda dan cuba cara turunkan tekanan darah tinggi bagi meningkatkan lagi tahap kesihatan anda. Jika semakin teruk, sila berjumpa dengan doktor untuk buat pemeriksaan dan tindakan selanjutnya.

One Reply to “Petua dan Cara Turunkan Tekanan Darah Tinggi Berkesan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *