Petua dan Tips Penjagaan Mata Kekal Sihat dan Bagus

Mari kita tengok petua dan tips penjagaan mata supaya kekal sihat dan bagus. Semua orang pasti ingin memiliki mata yang sihat dan penglihatan yang jelas bukan? Namun, tiada ramai orang yang mengambil berat tentang penjagaan kesihatan mata kita. Tips penjagaan mata yang baik adalah penting bagi memastikan kesihatan mata kita dan juga memastikan kita senang untuk fokus jika membuat sesuatu.

Bagaimana cara menjaga mata kita supaya penglihatan kita sentiasa jelas dan baik? Disini, kami berkongsi sedikit mengenai beberapa petua dan tips penjagaan mata supaya kekal sihat dan bagus.

Petua dan Tips Penjagaan Mata Kekal Sihat dan Bagus

  • Bilas mata dengan air jika terasa penat, kelipkan mata beberapa kali ketika anda bilas wajah anda dengan air supaya kena dengan air dan membuatkan mata anda lebih segar dan cergas. Anda juga boleh gunakan air sejuk untuk menyegarkan kembali mata anda selepas penat buat kerja.
  • Pakai sunglasses jika anda selalu buat kerja di tengah-tengah panas ataupun ketika driving pada waktu tengahari atau petang yang panas terik.
  • Bagi anda yang suka tengok screen komputer (laptop), TV, Smartphone atau tablet sehingga berjam-jam dalam masa sehari, sila rehatkan mata dengan berhenti sekejap selepas 1-2 jam bagi memberikan masa untuk mata kita berehat. Pejamkan mata buat seketika atau tengok ke tempat lain, contohnya ke kiri atau ke kanan untuk beberapa minit sebelum sambung kembali aktiviti anda. Kalau melihat TV, anda boleh rehatkan mata anda semasa iklan dengan mengalihkan pandangan dari skrin TV sekejap.
  • Amalkan pemakanan seimbang dan makan makanan yang terbukti bagus untuk kesihatan mata seperti lobak (carrot), buah-buahan dan sayuran hijau, vitamin dan zink. Vitamin A membantu mencegah rabun mata dan mengekalkan penglihatan dan menjadikannya lebih sihat. Vitamin C pula membantu mencegah penyakit seperti katarak mata dan membantu penglihatan.Petua dan Tips Penjagaan Mata Kekal Sihat dan Bagus dari segi pemakanan
  • Jangan beri tekanan kepada mata anda, contohnya jangan membaca dalam keadaan yang gelap ataupun membuat apa-apa kerja yang memerlukan kita fokus kepada sesuatu benda. Perbuatan sedemikian bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan mata tetapi juga boleh menyebabkan sakit kepala dan pening jika berterusan.
  • Biasa-biasakan diri untuk sentiasa mengamalkan senaman mata iaitu dengan mengerakan mata ke kiri, kanan, atas dan bawah berulang kali. Senaman mata ini bagus untuk refresh balik mata kita dan membolehkan mata kita lebih senang untuk fokus.
  • Petua Penjagaan Mata juga memberitahu menangis adalah bagus untuk mata disebabkan ianya merangsang air mata keluar dan menjadiikan mata kita lembab. Mata yang kering boleh dikesan iaitu apabila mata menjadi merah dari kebiasaannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *