Petua Tips Cara Menghalau Lipas Di Rumah Dengan Berkesan

Macam macam petua atau tips cara menghalau lipas di rumah dengan berkesan? Lipas ini memang merupakan serangga perosak yang sangat tidak digemari dan menandakan sesuatu tempat itu kotor dan tidak bersih. Selain itu, lipas tidak boleh dibunuh sebarangan sebab bahaya bunuh lipas di rumah begitu sahaja! Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda semua petua dan tips cara halau lipas di rumah anda:

Petua Tips Cara Menghalau Lipas Di Rumah Dengan BerkesanDaun Pandan
Ambil beberapa helai daun pandan dan letakan di tempat lipas selalu bersembunyi. Nescaya cara ini akan dapat menghalau lipas dari tempat tersebut.

Sabun Mandi
Ambil dan potong sabun mandi sehingga kecil-kecil. Kemudian letakkan pada kawasan atau area yang banyak atau selalu ada lipas.

Biji Pelaga
Ambil beberapa biji pelaga dan kemudian anda letakkan di kawasan lipas yang banyak atau tempat dia membiak.

Buah Lemon
Ambil buah lemon dan hiriskan sehingga menjadi kepingan. Kemudian letakkan di kawasan selalu ada lipas atau banyak lipas.

Hujung Timun atau Pangkalnya
Cara ini sebenarnya menjadi petua elak lipas yang mungkin anda selalu dengar. Dikatakan lipas akan berambus dari tempat yang kita letakkan hujung timun atau pangkalnya itu.

Kapur Barus
Caranya letakkan kapur barus di tempat yang biasa lipas kelihatan dan kemudiannya pasti lipas tidak akan lalu disitu lagi sebab lipas sangat tidak suka akan bau kapur barus. Cara ini juga sangat sesuai untuk menghalang lipas membiak di rumah.

Ubi Kentang
Ambil ubi kentang dan rebus sehingga masak. Selepas itu lenyekkan dan campur dan gaulkan sekali dengan serbuk penaik. Adunan itu kemudiannya diletakkan di kawasan banyak lipas dan tengok hasilnya.

Jadi itulah beberapa tips dan petua cara menghalau lipas di rumah dengan berkesan yang boleh anda amalkan. Selain itu, jangan lupa pastikan rumah anda bersih dan jangan biarkan sisa-sisa makanan berminggu-minggu begitu sahaja tanpa dibuang.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *