Petua Tips Cara Putihkan Gigi Kuning Dengan Berkesan Dan Mudah

Anda tahu tips petua atau cara putihkan gigi kuning anda dengan mudah dan berkesan? Siapa yang tak ingin memiliki gigi yang putih dan bersih bukan? Walaubagaimanapun, tidak ramai orang yang betul-betul mengambil berat akan penjagaan gigi mereka dan kami yakin pasti majoriti besar rakyat Malaysia hanya akan berjumpa dengan doktor gigi apabila gigi sakit sahaja.Petua putihkan gigi kuning

Dulu kami pernah berkongsi tips meredakan sakit gigi waktu kecemasan dan juga petua meredakan sakit ulser mulut. Oleh itu kali ini, kami ingin kongsikan dengan anda beberapa teknik memutihkan gigi dengan berkesan yang mudah diamalkan oleh kita semua.

  • Sentiasa gosok gigi anda sebanyak dua kali sehari. Jangan lupa untuk pilih berus gigi yang terbaik.
    Gunakan flos untuk bersihkan gigi anda daripada kotoran–kotoran makanan setiap kali selepas anda makan.
  • Untuk putihkan gigi anda, anda boleh amalkan minum air kosong selepas makan, ketika baru bangun tidur dan sebelum tidur. Air kosong boleh membersihkan kotoran–kotoran yang melekat pada gigi anda dan seterusnya membantu gigi anda untuk kekal putih.
  • Anda boleh makan buah–buahan dan sayur–sayuran untuk putihkan gigi. Buah seperti epal akan membebaskan jus apabila digigit yang akan memberi rawatan kepada gigi anda. Untuk jangka masa panjang, gigi anda sentiasa akan sihat dan putih.
  • Gunakan gel pemutih gigi untuk putihkan gigi anda.

Tips Petua Cara Putihkan Gigi Kuning Dengan Mudah Dan Berkesan

  • Tip putihkan gigi yang seterusnya adalah anda elakkan memakan buah yang berwarna gelap seperti ‘blueberry’ dan ‘blackberry’. Jika anda makan buah yang berwarna gelap, anda perlu gosok gigi selepasnya.
  • Elakkan makan makanan yang manis seperti gula-gula, aiskrim dan kek terlalu berlebihan. Jika anda makan juga, anda bersihkan gigi anda selepas itu.
  • Jangan gunakan pembasuh mulut terlalu kerap kerana ia boleh melemahkan kekuatan gigi anda.
  • Bagi gigi kuning dan anda ingin putihkan gigi anda, anda boleh campurkan air perahan limau dan garam. Campuran kedua–dua bahan itu anda sapu kepada berus gigi dan gosok gigi anda. Selepas itu, anda bilas gigi anda dengan berkumur. Akhir sekali, anda gosok gigi anda dengan ubat gigi yang ada unsur boleh memutihkan gigi anda. Lakukan amalan ini dua kali seminggu.

So, itulah beberapa teknik putihkan gigi yang boleh anda praktikkan sendiri di rumah. Jangan abaikan kesihatan dan penjagaan gigi anda bagi meningkatkan keyakinan dan penampilan kita supaya lebih berseri-seri. Lihat juga tips dan petua hilangkan karang gigi tanpa perlu berjumpa doktor.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *