Piramid Makanan Seimbang Di Malaysia

Apa itu Piramid makanan Seimbang di Malaysia? Makanan seimbang boleh ditunjukan dalam Piramid Makanan yang mengandungi empat bahagian utama. Anda mesti tahu bentuk piramid bukan? Piramid ialah binaan yang berbentuk segiempat pada tapaknya dan semakin mengecil apabila semakin tinggi.

Piramid Makanan adalah salah satu cara untuk menunjukkan kandungan makanan yang direcommend kepada orang ramai secara amnya. Tubuh kita memerlukan khasiat makanan yang mengandungi zat-zat makanan yang diperlukan dalam jenis dan kuantiti yang berbeza iaitu ada yang perlu diambil secara banyak dan ada yang badan kita perlukan sedikit sahaja.

Anda boleh tengok Piramid Makanan Seimbang di Malaysia seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah ini.

Apa itu Piramid makanan Seimbang di Malaysia

Tingkat 4 Piramid Makanan Seimbang
Tingkat yang teratas sekali (aras 4) terdiri daripada lemak, minyak, gula dan garam. Makanan yang berada di tingkat ini disarankan supaya diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Pengambilan makanan di tingkat ini secara brlebihan boleh menyebabkan tahap kesihatan kita turun dan memberi kesan negatif kepada badan kita.

Tingkat 3 Piramid Makanan Seimbang
Tingkat ke 3 pula ialah kumpulan makanan yang terdiri daripada kumpulan makanan ayam, ikan, daging,kekacang, susu dan produk tenusu. Kumpulan makanan di aras 3 ini disarankan supaya diambil secara sederhana.

  • ½ – 2 sajian ayam, daging dan telur sehari
  1 sajian ikan sehari
  • ½ –  1 sajian kekacang sehari
  •   1 – 3 sajian sehari susu dan produk tenusu.

Kumpulan makanan di tingkat ini adalah sumber protein dan kaya dengan zat besi, vitamin B dan zink.

Tingkat 2 Piramid Makanan Seimbang
Tingkat ke-2 pula ialah kumpulan makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Kita di rekomen untuk makan banyak sayur-sayuran serta buah-buahan iaitu 3 sajian sehari untuk sayur-sayauran dan 2 sajian sehari untuk buah-buahan. Kumpulan makanan di tingkat ini ialah sumber makanan yang terbaik untuk vitamin, mineral, serat dan fitokimia yang meningkatkan imuniti badan kita.

Tingkat 1 Piramid Makanan Seimbang
Tingkat di bawah sekali ialah kumpulan makanan yang disarankan untuk diambil paling banyak berbanding tingkat 2,3 dan 4. Kumpulan makanan ini terdiri daripada nasi, mee, bijirin dan ubi. Rekomen untuk diambil dalam 4 hingga 8 sajian sehari. Kumpulan makanan di aras ini juga sumber utama karbohidrat yang menyumbang kepada sebahagian besar tenaga untuk kita menjalankan aktiviti seharian. Ia juga sumber makanan yang bagus untuk mendapatkan vitamin, mineral dan serat. Serat membantu melancarkan pergerakan dalam usus kita dan mencegah masalah seperti sembelit dan menurunkan kandungan glukosa dan kolestrol.

source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *