Plan Terbaru Umobile Power Prepaid (Free 1GB/Month)

Lagi berita baik untuk pengguna prepaid di Malaysia terutama yang menggunakan U Mobile. U Mobile telahpun memperkenalkan UMobile Power Prepaid iaitu plan prepaid terbaru dan dijangka akan menjadi persaing utama kepada Xpax Magic SIM, DiGi Smart prepaid dan juga Hotlink.

Berapa harga Umobile Power Prepaid ini? Jika anda tertanya-tanya berapa harga Umobile Power prepaid ini, harganya adalah RM8.50 sahaja dengan RM5 kredit disediakan untuk anda. Selain itu, anda juga akan mendapat 200MB high speed internet secara percuma dan panggilan percuma selama 10 hari.

Plan Terbaru Umobile Power Prepaid (Free 1GB/Month)

Apa yang menarik dan kelebihan Umobile Power Prepaid (Plan Prepaid Terbaru Umobile 2015):

  1. Free 1GB high speed internet setiap bulan
  2. Free basic internet (64kbps speed) sehingga 2GB/month
  3. Free 200MB high speed internet (selepas diaktifkan)
  4. Free Call selama 10 hari – 150 minit (selepas diaktifkan)
  5. Harga Starter pack yang murah iaitu cuma RM8.50 dengan RM5 preloaded kredit.
  6. Caj serendah 8sen/SMS ke semua rangkaian
  7. Caj serendah 5sen/30sec atau 10sen/minit ke semua rangkaian.
  8. 450 minit panggilan percuma kepada semua nombor Umobile setiap bulan.
  9. Validity dikira dengan rate RM1/day. Contohnya, kalau anda topup Rm5, maka anda akan dapat 5hari validity.
  10. Tempoh passive selama 60 hari, iaitu jika tempoh sah (validity) anda sudah tamat, maka anda ada masa sehingga 60 hari untuk topup semula bagi memastikan nombor anda kekal aktif.

Plan Terbaru Umobile Power Prepaid (Free 1GB/Month)

Kelebihan utama Umobile Power Prepaid ini sudah pasti pada 1GB internet percuma (high-speed internet) yang diberikan setiap bulan. Cara untuk mendapat 1GB percuma ini setiap bulan adalah dengan hanya perlu topup minimum Rm10 sekali sahaja dan pastikan nombir sentiasa aktif.

Jika anda pengguna sedia ada Umobile, anda boleh bertukar ke Plan Umobile Power Prepaid ini bermula dari 1 August 2015 dengan caj sebanyak RM3 sahaja. Untuk lebih detail, anda boleh rujuk ke laman web u.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *