Plan Termurah Celcom First Basic RM38 Terbaru 2015

Adakah anda mencari Plan termurah Celcom dan masih belum jumpa yang sesuai? Terbaru, Syarikat Telekomunikasi terkenal Malaysia, Celcom telahpun memperkenalkan plan terbaru iaitu Celcom First Basic RM38. Plan Celcom First Basic RM38 ini ialah plan postpaid yang merupakan Plan termurah Celcom setakat ini.

Jika anda tidak mahu mengunakan Plan Celcom Prepaid, tetapi ingin menggunakan Pospaid dengan harga yang murah, maka Plan Celcom Basic RM38 ini mungkin adalah Plan yang sesuai dengan keperluan anda. Jom kita tengok apa yang ada pada Plan pospaid perbaru dan termurah Celcom ini:

Plan Termurah Celcom First Basic RM38 Terbaru 2015

Apa yang anda dapat dengan Plan Celcom First Basic RM38 ini?

  • Plan pospaid termurah Celcom ini menawarkan total 6GB internet sebulan iaitu gabungan 3GB internet data dan 3GB WiFi.
  • Selain itu, anda juga akan memperoleh panggilan percuma selama 50 minit kepada semua rangkaian.
  • Tambahan lagi, anda juga akan mendapat 50 SMS percuma kepada semua rangkaian (Celcom, Maxis, DiGi, Umobile, TuneTalk, Speakout etc).
  • Tiada caj PPU (Pay Per Use) dikenakan jika kuota internet anda telah habis sebelum hujung bulan, cuma speed internet akan menjadi perlahan (64kbps).
  • Jika anda tidak dapat menghabiskan kuota internet, anda tak perlu risau sebab kuota internet anda yang belum digunakan boleh dibawa ke bulan seterusnya.

Apa kelebihan dan Kekurangan Plan Celcom First Basic RM38?

  • Merupakan Plan Pospaid termurah Celcom dengan kuota internet sehingga 6GB.
  • Kuota Internet yang tidak diguna boleh dibawa ke bulan seterusnya.
  • Masih boleh menggunakan internet walaupun kuota sudah habis dengan kelajuan internet 64kbps.
  • Plan ini akan sentiasa aktif selagi anda masih megekalkan plan ini.
  • Anda boleh mendapatkan Smartphone percuma (Samsung Galaxy V atau Sony Xperia E4g) dengan tambahan sebanya RM10 sebulan iaitu total RM48 sebulan.
  • Kekurangan Plan ini ialah daripada total kuota 6GB internet, 3GB adalah perlu menggunakan WiFi Celcom dan tidak banyak tempat yang ada coverage WiFi Celcom ini.
  • Tidak berapa sesuai untuk heavy user.

Plan Termurah Celcom First Basic RM38 Terbaru 2015 Pospaid

Jika anda berminat dengan plan termurah celcom, Plan Celcom First Basic RM38 ini, anda boleh mendapatkannya daripada mana-mana wakil atau Cawangan Celcom yang berdekatan. Untuk lebih detail boleh layari celcom.com.my. ATAU jika anda tidak mahu menggunakan Plan Pospaid, anda juga boleh tengok Plan Prepaid terbaru Celcom iaitu Xpax Magic SIM.

9 Replies to “Plan Termurah Celcom First Basic RM38 Terbaru 2015

  1. murah la..satu bulan bayar RM 38 saje akan dapat begitu banyak benda yg percuma..ada 6GB internet!macam tak pernah tengok telco yg lain di negara kita ada bagi 6GB dengan bayar RM38…BOLEH CUBA.. 🙂

  2. Salam. Boleh tanya? Saya nak tahu mcm mna cara nak guna FREE WIFI 4GB itu. Saya pengguna celcom SOX, dah lebih setahun sy melengan internet bulanan tapi saya tak thu mcm mna cara nak guna free wifi. Adakah free wifi itu hanya untuk HOTSPOT saja? Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *