Powerbank ASUS ZenPower Di Malaysia (Fast Charging)

Adakah anda tahu akan Powerbank ASUS ZenPower di Malaysia? Selepas melancarkan Smartphone Zenfone 2, ASUS kini beralih kearah produk Powerbank pula untuk para pengguna Smartphone di Malaysia ini. Powerbank yang diberi nama Asus ZenPower di Malaysia dilengkapi dengan capacity 96000 mAH.

Ya, anda mungkin sedia maklum dan diakui bahawa Mi Powerbank adalah Powerbank paling murah di Malaysia pada masa sekarang, tetapi kami yakin pasti ada orang yang berminat dengan brand lain dan mencari kelainan tersendiri dan sebab itulah banyak Powerbank lain yang juga popular di Malaysia seperti Pineng, Vivis, Yoabao dan sebagainya.

Harga Powerbank ASUS ZenPower Di Malaysia (Fast Charging)

Apa kelebihan Powerbank Asus ZenPower?

  • Fast Charging- Kelebihan Powerbank Asus ZenPower berbanding majoriti Powerbank di pasaran ialah kemampuan untuk pengecasan sehingga 2.4Amp berbanding Powerbank yang lain.
  • Produk yang sangat nipis dan ringan iaitu cuma 215g iaitu 35g lebih ringan berbanding Mi Powerbank 10,400 mAh dan memudahkan kita membawanya kemana-mana.
  • Harga mampu milik – Harga Powerbank Asus ZenPower ialah RM69 per unit dan lebih murah berbanding kebanyakan Powerbank di pasaran sekarang.
  • Menggunakan bateri Ion Litium yang berkapasiti 9600 mAh – membolehkan kita mengecas kebanyakan smartphone lebih kurang 3 kali (full charging).

Kalau anda mempunyai Smartphone Asus seperti Zenfone 2, anda mungkinĀ akan lebih suka dengan Powerbank ZenPower ini sebab matching antara satu sama lain. Anda mungkin berminat denganĀ tips membeli Powerbank di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *