Prosedur Cara Buka Akaun Simpanan Maybank Terbaru

Andakah anda ingin tahu prosedur cara buka akaun simpanan Maybank di Malaysia sekarang ini? Maybank sebagai antara bank paling popular di Malaysia dan menyediakan sistem untuk transaksi online dan offline.

Bagaimana prosedur Cara buka akaun simpanan Maybank terbaru?

Cara-caranya adalah sangat senang dan mudah untuk follow. Pertama sekali, anda pergi ke mana-mana cawangan Maybank di tempat berhampiran anda, cawangan yang jauh pun tiada masalah. Benda wajib yang perlu ialah anda kena bawa Kad Pengenalan (IC) dan sediakan wang untuk buka akaun.

Prosedur Cara Buka Akaun Simpanan Maybank Terbaru

Berapa minimum wang untuk buka akaun simpanan Maybank?

  1. Jumlah minimum wang untuk buka akaun simpanan Maybank ialah RM250 sahaja. Jumlah ini ialah untuk Kawanku Saving Akaun ataupun Saving Account-i. Jika anda tiada duit yang diperlukan tetapi anda tetap kena buka akaun dengan segera, anda boleh pinjam dulu duit dari rakan-rakan anda. Anda tidak perlu bimbang sebab anda boleh keluarkan balik wang anda sejurus selepas buka akaun Maybank.
  2. Jika anda membawa sekali surat lantikan jawatan oleh majikan anda sekarang, anda boleh buka akaun dengan jumlah RM50 sahaja.
  3. Kalau anda masih pelajar (student), anda tidak perlukan deposit untuk buka akaun Maybank. Anda cuma perlu nyatakan nama IPT anda seperti universit/college/politeknik dan sebagainya. Selain itu, anda juga perlu tulis maklumat salah seorang penjaga anda (bapa, ibu, kakak, abang, datuk, nenek, bapa saudara dan sebagainya.

Semasa buka akaun simpanan di Maybank, anda boleh buka sekali akaun Maybank2u online. Biasanya staf di kaunter akan tanya sama ada anda ingin buat akaun Maybank2u sekali atau tidak. Anda boleh membuat transaksi atau transfer duit secara online sama ada anda terima duit ataupun transfer duit ke pihak lain. Maybank2u onlinememang sangat penting untuk mereka yang membuat bisnes terutamanya business online.

Apabila selesai semuanya, anda akan diberi kad ATM Visa Debit Maybank dan anda boleh gunakan untuk ambil duit anda di mana-mana mesin ATM yang support Maybank. Sila ingat sekali password nombor pin anda yang telah anda pilih semasa buka akaun tadi. Semoga anda memahami cara buka akaun simpanan Maybank selepas membaca entri ini. Just ask me if you have any question. Baca juga cara membuka akaun simpanan CIMB jika anda berminat dengan CIMB Bank pula.

101 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com