Prosedur Cara Daftar CIMB CLICKS Di Malaysia

Bagaimana cara daftar CIMB Clicks Online di Malaysia? Adakah anda mempunyai akaun CIMB dan sudahkah anda mendaftar CIMB Clicks? Pada masa sekarang ini, mempunyai akaun bank yang boleh kita gunakan untuk membuat transaksi online adalah sangat penting dan berguna lebih-lebih lagi bagi mereka yang membuat bisnes.Bagaimana Prosedur Cara Daftar CIMB CLICKS Di Malaysia

Tetapi tidak semua bank di Malaysia ini yang menyediakan perkhidmatan transaksi secara online iaitu transfer duit secara online sahaja tanpa perlu pergi ke bank atau ATM cash deposit.

Di Malaysia ini, cimbclicks dan maybank2u adalah yang paling popular digunakan untuk membuat transaksi atau online banking.

 

Bagaimana cara daftar CIMB Clicks Online?

  1. Pergi ke mesin ATM CIMB.
  2. Masukan kad ATM anda dan juga nombor PIN anda.
  3. Pilih Menu Other/Lain-lain
  4. Pilih CIMB CLICKS
  5. Pilih CIMB CLICKS e-pin (Masukan 6 digit no. e-pin anda)
  6. Pilih TELEPHONE NO dan masukan nombor telefon (Handphone) anda

Kemudian sila layari laman web cimbclicks.com.my:

  1. Pergi ke ONLINE REGISTRATION dan klik REGISTER NOW
  2. Sila masukan no. bank card anda (16 digit nombor yang tertera pada kad bank anda)
  3. Masukan Pin No iaitu 6 digit nombor pin yang anda masukan di ATM
  4. Pilih Username ID anda (pilihlah mana-mana nama yang anda mahu)
  5. Masukan sekali Password untuk akaun cimbclicks anda. (sila ingat password anda)

Prosedur Cara Daftar CIMB CLICKS Di Malaysia

Kelebihan mendaftar CIMB CLICKS (Internet Banking) kepada kita:

  1. Kita boleh transfer duit (sama ada menghantar atau menerima) pada bila-bila masa sahaja dan tidak perlu buang masa pergi ke bank atau ATM.
  2. Senang untuk menyemak sebarang transaksi yang berlaku dalam akaun kita. Contohnya, kalau kita jual barang dan pelanggan mengatakan mereka telah transfer duit ke akaun kita. Kita boleh semak dengan segera dalam akaun cimbclicks kita bagi memastikan transaksi betul-betul berlaku dan paling penting boleh mengelakan penipuan.
  3. Memudahkan kita untuk membeli/menjual barangan secara online. Juga boleh beli topup/reload dsb.

Anda wajib buka akaun CIMB terlebih dahulu jika belum ada akaun sebelum boleh menggunakan akaun cimbclicks anda ini. Jika anda tidak pasti dengan apa yang perlu dilakukan untuk mendartar akaun CIMB CLICKS ini, anda boleh bertanya di kaunter bank CIMB. Anda juga boleh terus pergi ke laman web cimbclicks.com.my untuk mendaftar cimbclicks secara online sahaja.

2 Replies to “Prosedur Cara Daftar CIMB CLICKS Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *