Punca dan Cara Elak Tidur Berdengkur Dengan Berkesan

Kali ini kami ingin berbincang mengenai punca dan cara elak tidur berdengkur dengan berkesan. Adakah anda mengalami masalah selalu berdengkur semasa tidur? Pernahkah anda berasa rimas dan terganggu dengan roommate atau mana-mana ahli keluarga yang berdengkur apabila tidur berdekatan dengan anda?

Anda tidak perlu menafikannya sebab memang sesuatu yang normal kalau kita terganggu dengan bunyi dengkuran orang yang berdekatan dengan kita sehingga ada antara kita tidak dapat tidur sebab bunyi dengkuran yang bising. Akibatnya kita pula yang tidak dapat tidur lena dan rasa mengantuk dan letih keesokan harinya.

Punca dan Cara Elak Tidur Berdengkur Dengan Berkesan

Apa sebab dan punca berdengkur?

Secara amnya, dengkur terjadi disebabkan pengaliran udara yang tidak berapa lancar dalam salauran pernafasan sehingga menyebabkan bunyi terhasil akibat daripada saluran yang tersekat-sekat. Seseorang itu juga cenderung untuk berdengkur apabila sakit ataupun juga badannya terlalu penat dan letih. Selain itu, posisi badan ketika tidur juga boleh menyebabkan seseorang itu berdengkur. Dari segi kesihatan, seseorang itu juga berkemungkinan ada mengalami penyakit seperti diabetes, darah tinggi atau penyakit jantung jika mengalami masalah berdengkur hampir setiap kali tidur.

Petua Cara Elak Tidur Berdengkur Dengan Berkesan:

  • Dapatkan tidur yang secukupnya
  • Tidur mengikut masa yang sepatutnya
  • Latih diri untuk tidur secara mengiring atau tinggikan sedikit posisi kepala.
  • Cuba mendapatkan nasihat atau rawatan bagi merawat kerongkong yang sempit atau rongga hidung kecil dan selalu tersumbat.
  • Berusaha untuk mengurangkan berat badan
  • Elakan mengambil alkohol atau pil yang menyebabkan badan kita ra mengantuk dan cenderung untuk tidur.
  • Bersihkan bilik dan buang debu atau kotoran yang menyebabkan hidung kita rasa sensitif terutama bagi anda yang mengalami alahan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com