Punca Dan Cara Hilangkan Eye Bag (Lingkaran Gelap Bawah Mata)

Apa punca dan cara hilangkan eye bag (lingkaran gelap bawah mata) dengan berkesan? Eye Bag atau lingkaran hitam bawah mata kita memang sesuatu yang susah untuk dihilangkan malah lebih susah daripada membuang jerawat atau jeragat. Ini kerana lingkaran gelap atau eye bag ini adalah berada di dalam kulit kita dan tidak dapat dibuang seperti mana kita memicit jerawat. Tetapi anda tidak perlu risau sebab ada cara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah eye bag anda dengan berkesan.

Punca Dan Cara Hilangkan Eye Bag (Lingkaran Gelap Bawah Mata)Sebelum itu, tahukan anda apa punca eye bag atau lingkaran gelap bawah mata ini? Salah satu punca yang utama adalah disebabkan terlalu penat dan tidak mendapat tidur yang mencukupi. Selain itu eye bag ini juga boleh disebabkan oleh keturunan, alergik, anemia, kurang collagen dan toksin berlebihan di badan.

Berikut adalah tips can cara untuk hilangkan eye bag atau lingkaran gelap bawah mata ini:

Air Kosong
Minum air kosong (atau air putih) dalam kuantiti yang banyak dan mencukupi untuk mengurangkan masalah eye bag anda. Elakkan minum terlalu banyak jika ingin masuk tidur. Sebaik-baiknya minum sejam atau dua jam sebelum tidur.

Uncang Teh
Anda suka minum teh uncang? Kalau ya, selepas bancuh teh anda jangan terus buang uncang itu tau. Anda boleh gunakan uncan itu untuk hilangkan eye bag anda dengan meletakkannya pada bawah mata anda selama lebih kurang 20-30 minit dan lihat hasilnya selepas itu.

Timun / Kentang
Caranya ialah hiris timun/kentang dan letakkan bawah mata anda dan biarkan selama lebih kurang 20-30 minit. Timun juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat dan jeragat dengan cara yang lebih kurang sama.

Putih Telur
Putih telur ini memang banyak kegunaannya dan salah satunya ialah menghilangkan masalah eye bag kita. Caranya ialah sapukan putih telur bawah mata dan biarkan selama 20-30 minit sebelum bilas dengan air.

Jom kita sama-sama cuba tips cara hilangkan eye bag  (lingkaran gelap bawah mata) ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *