Punca dan Sebab Gagal Temuduga Dan Cara Mengatasinya

Apakah punca dan sebab gagal temuduga dan gagal mendapat pekerjaan? Berapa banyak temuduga yang pernah anda ikuti dan tahukah anda apa punca dan sebab gagal dalam temuduga yang selalu dialami oleh kebanyakan calon temuduga? Untuk mendapat pekerjaan, biasanya kita perlu menghadiri sesi temuduga terlebih dahulu sebelum pihak company atau tempat kerja yang kita pohon itu memberi kata putus sama ada kita diterima bekerja atau tidak.

Walaubagaimanapun, kita jangan sesekali putus asa jika kita tidak berjaya dalam temuduga. Jadikanlah temuduga tersebut sebagai pengalaman anda yang akan diperbaiki pada masa akan datang. Mungkin anda tertanya-tanya apa sebab gagal dalam temuduga tetapi orang lain boleh berjaya padahal kelayakan dan pengalaman adalah lebih kurang.

Punca dan Sebab Gagal Temuduga Dan Cara Mengatasinya

Mari kita tengok punca dan sebab gagal temuduga yang popular:

  • Kurang Persediaan Awal
    Sebelum anda mendapat peluang temuduga ini, berkemungkinan besar anda telah memohon banyak vacancy atau kerja kosong di tempat lain. Apabila dipanggil temuduga pada tarikh sekian-sekian, anda terus datang walaupun jadual anda sibuk dengan benda lain. Akibatnya, anda mungkin lupa apa jawatan yang anda pohon dan juga nama company tersebut. Jangan terkejut sebab situasi sebegini memang sering berlaku dimana calon temuduga menyebut nama company yang salah ketika temuduga dan sudah pasti akan memberi impression yang tidak berapa baik.
  • Gagal Menjawab Soalan Dengan Baik
    Okay, selain soalan basic seperti perkenalkan diri semasa temuduga, mungkin memang sukar untuk kita dapat menjawab semua soalan temuduga yang dikemukakan kepada kita terutama bab-bab berkaitan dengan teknikal dan cara kerja di company atau tempat anda memohon. Tapi, sekurang-kurangnya anda cuba menjawab walaupun pengetahuan anda sedikit sahaja. Ini kerana penemuduga mungkin lebih berminat untuk mengetahui reaksi anda dan cara anda handle soalan-soalan sebegini berbanding dengan jawapan yang anda beri. Selain itu,jika bertutur dalam bahasa Inggeris, walaupun anda kurang pandai tapi sila bercakap dengan yakin dan ingatlah kalah broken English pun tidak menjadi maslaah besar asalkan mereka faham apa yang anda sampaikan.
  • Penampilan Yang Tidak Sesuai
    Bab penampilan ini, jika tiada dinyatakan pakaian apa yang perlu dipakai semasa temuduga, sila pakai pakaian formal, kemas dan pakai neck tie bagi lelaki. Pastikan fesyen rambut anda sesuai dan kemas serta tidak kelihatan serabai dan kusut. Jangan sesekali pakai seluar jean atau t-shirt untuk temuduga sebab nanti kemungkinan anda gagal temuduga adalah sangat tinggi. Penampilan yang kemas juga akan memberikan impression kepada penemuduga bahawa anda seorang yang kemas dan mungkin juga mereka akan beranggapan anda membuat kerja juga kemas dan teliti.
  • Dokumen Tidak Lengkap
    Semasa menghadiri temuduga, anda lupa sebahagian dokumen penting untuk ditunjukan semasa temuduga. Tahukah anda, jika anda membawa dokumen yang tidak lengkap bermakna anda dianggap tidak serius oleh penemuduga bagi mengisi vacancy tersebut. Dokumen yang tidak lengkap adalah sebab gagal temuduga yang sangat tinggi dan anda mungkin tidak diberi peluang untuk ditemuduga jika tiada dokumen lengkap. Dokumen yang lengkap adalah seperti berikut:
    i)   Sijil Original (bukan salinan photostat)
    ii)  Resume Lengkap (beserta gambar) – minimum 3 copy
    iii) Maklumat yang mungkin diminta dalam iklan
  • Tidak Fokus Semasa Temuduga
    Anda tidak fokus semasa sesi temuduga dan kelihatan kurang cergas dan kurang berminat. Selain itu anda juga gagal menjawab soalan-soalan wajib temuduga dengan baik. Anda perlu rehat secukupnya sebelum temuduga dan jangan tidur lewat pada hari sebelum temuduga supaya anda cergas keesokan harinya. Sebelum temuduga, silalah makan atau minum dahulu supaya perut tidak terasa lapar semasa temuduga nanti.

**DAPATKAN PANDUAN RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN 2015**

Itu adalah 5 contoh punca dan sebab gagal temuduga yang popular dan sering dialami oleh calon temuduga. Sebenarnya banyak lagi yang boleh menjadi punca kita gagal dalam temuduga, tetapi apa yang penting ialah semasa temuduga kita melakukan sebaik mungkin dan elakan situasi selepas temuduga barulah anda sedar anda patut buat macam itu atau macam ini. Persediaan temuduga adalah paling penting bagi mencerahkan lagi peluang anda mendapat pekerjaan yang anda minati.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com