Punca dan Sebab Lelaki Curang Dengan Wanita

Pernahkah anda terfikir kenapa dan apa punca dan sebab lelaki curang dengan wanita (pasangan mereka)? Tidak dinafikan, banyak lelaki yang berlaku curang dengan pasangan mereka walaupun sudah berkahwin tetapi tahukan anda apa sebab utama yang menyebabkan mereka cenderung untuk curang?

Sama ada anda tahu atau tidak, lelaki/perempuan yang curang pasti akan menunjukan ciri-ciri kekasih curang tak kira bagaimana mereka berusaha agar kecurangan mereka tidak diketahui oleh pasangan mereka. Dibawah ini adalah 8 senarai punca dan sebab lelaki curang dengan wanita yang popular:Ketahui Punca Sebab Lelaki Curang Dengan Wanita1) Mata Duitan
Bagi kaum wanita, agak malang kalau pasangan anda seorang mata duitan dan hanya pentingkan duit semata-mata. Lelaki seperti ini memang jenis yang akan tinggalkan anda apabila mendapat kekasih lain yang kaya-raya. Bagi lelaki mata duitan, wang adalah segala-galanya bagi mereka dan mereka mungkin akan tinggalkan anda begitu sahaja tanpa memikirkan keadaan anda.

2) Benci Dengan Pasangan
Atas sebab-sebab tertentu seperti selalu diperlekehkan atau dipermainkan, lelaki benci dengan pasangannya tetapi tidak berani membalas secara direct. Sesetengah daripada mereka memilih untuk membalas dendam secara sembunyi iaitu dengan berlaku curang.

3) Playboy atau Kaki Perempuan
Lelaki curang dengan pasangan mungkin disebabkan perangainya yang memang jenis playboy dan tidak boleh setia pada yang satu. Lelaki yang kaki perempuan memang pantang tengok perempuan cantik sedikit dan biasanya tindak tanduk mereka senang untuk dikesan dari cara mereka memerhatikan perempuan lain ketika anda keluar bersama. Lelaki seperti ini harus dielakan dari awal-awal perhubungan walaupun lelaki itu pandai ambil hati, hensem dan banyak duit.

4) Penampilan Pasangan
Masa mula-mula kenal dulu, pasangannya pandai bergaya, kemas dan menjaga penampilan diri setiap kali berjumpa. Namun, setelah beberapa lama, pasangan mereka mula malas menjaga penampilan diri dan kelihatan serabai dan selekeh berbanding dulu. Sebab itulah, para wanita disarankan untuk sentiasa menjaga penampilan diri walaupun selepas berkahwin. Tidak dinafikan para wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak kebanykannya tidak mempunyai masa untuk menjaga penampilan diri tetapi seboleh-bolehnya biarlah kemas.

5) Keliru dan Tidak Serius
Lelaki kadang-kadang mengungkapkan kata cinta tanpa berfikir panjang dan tidak serius dalam perhubungan. Selepas beberapa lama, mungkin dia akan terfikir bahawa anda bukanlah pilihan hatinya. Oleh kerana takut atau belum bersedia untuk memutuskan hubungan, lelaki tersebut mengambil keputusan untuk curang dengan wanita lain tanpa pengetahuan pasangannya.

6) Bosan Dengan Pasangan
Lelaki kalau dia bosan dengan sikap dan perangai pasangannya, dia tidak akan memberitahu pasangannya secara terus-terang. Mungkin dia bosan dan tidak suka dengan sikap pasangan yang terlampau cerewet dan terlalu bermanja, mengada-ngada dan sentiasa mahu lelaki tersebut menurut kehendaknya. Selepas beberapa lama, apabila sudah tidak tahan lagi, maka lelaki akan mengambil keputusan untuk mencari yang lain.

7) Kurang Perhatian
Lelaki cenderung untuk curang apabila pasangannya sudah tidak memberi perhatian kepadanya lagi. Kalau dulu pasangannya jenis caring dan sering mengambil berat, tetapi sekarang seolah-olah tidak peduli langsung dengan masalah dan aktiviti yang dilakukan oleh lelaki. Sekali sekala, sila bertanya dengan pasangan anda apa yang dilakukannya sekarang atau masalah yang dihadapinya.Dengan berbuat demikian, mereka akan merasa diri mereka dihargai oleh anda. Tapi, janganlah setiap masa anda tanya apa yang mereka buat sebab nanti pasangan anda boleh jadi rimas dengan anda.

8) Kekasih Lama
Satu lagi sebab lelaki curang ialah lelaki tersebut mungkin mempunyai kekasih lama yang berpisah atas sebab-sebab tertentu yang hanya mereka dua sahaja tahu. Kata orang, cinta lama susah untuk dilupakan dan senang untuk berputik kembali jika selalu berjumpa dan kedua-duanya masih belum berkahwin walupun sudah ada teman lelaki/wanita yang lain. Lelaki mungkin akan curang jika anda memberi perhatian dan layanan yang teruk berbanding kekasih lama mereka.

13 Replies to “Punca dan Sebab Lelaki Curang Dengan Wanita

  1. Lelaki sekarang susah nak percaye..
    Curang tanpa pngthuan kite
    Memutuskn hubungan itu yang terbaik
    Kerana selalu dibayangi perempuan tu

  2. Aku sampai meroyan bila dlm pntang laki aku layan ppuan yg kononnya kawan skolah lama dia……. Klau layan sama mcm yg lain boleh gak aku terima…… Ni layan yg lebih2…….

    1. Ya Allah..x dpt nk gambar kan betapa hancur nye hati awak. Semoga Allah kurnia kan pelangi dlm khdpn awak dgn ank slps ni..klau awak still dgn suami awk,sy doankn semoga pintu hati dia tbuka utk berubah demi insan yg sanggup gadai nyawa demi zuriat dia..aaminn

    2. sy plk putus tunang sbb cinta lama bakal isteri berputik semula. lagi sebulan kami nk nikah,tub2 dia mtk putus… Allah sedihnya sy.terasa hidup ini merana yg amat perit..

  3. Memang rasa sakit bila dpt tahu dia curang tetapi hanya satu doa seorang isteri agar dia bahagia dan gembira dan sedar yg isteri terima dia seadanya walaupun dlm keadaan aper pun…an
    selagi perasaan cinta dan syg ada dlm hati isteri…

  4. walaupun dia (my bf) selalu kata dia busy, asalkan sy kol dia dah cukup. kalau saya kta sy tk nk ganggu dia, dy mesti marah and said tk kira ap2 pun dy nak saya kol dgn dia jugk.. also kalau saya pergi mana2 tnpa pengetahuan dia, dia risau, marah, merajuk dgn saya..

  5. saya mempunyai dua orang kekasih yg saya syg tapi saya buntu mana satu harus saya pilih sebab kedua2 nye bagi layanan yg sgt bgus dan kemudian saya ambik keputusan untuk lepas kedua2 nye dgn pelahan lahan saya buat bergitu sebab saya syg kedua2 nye

  6. tp lg sakit klu yg ketiga tu kite,,kite ingtkn cuma berdua je dgn dia,,tapi x sangka,,kite mncul dlm hdup dye dgn gembira tp ada org yg merana..bila semua dh jelas dpn mata,,hati kita pon sakit jgk cuma sbgai pompuan,,x tergamak nk rampas hak org,,,rasa hati amat perlukan dia tp sedar dlm reality..family dia lebih berhak..

    1. U terbaekkkk dear… krn mengalah n sabar, kebahagiaan mutlak itu akn dtg dgn tak disangka2 hnye krn tulusnye hati spt u

  7. laki sekarang pantang nampakk perempuann lawaa sikit dahh usahh . laki jenis sekarang nie kikis duit perempuan . dulu bukan main kata perempuan kikis duit lah apa lah , kata perempuan semua samalah apa lah. tapi tak sangka laki lagi teruk dari perempuan . zaman sekarang banyak laki curang . jenis yang melayan nie bahayaaa juga kadang . kalau dia curang sekali takapa . nie dah tiga kali curang . Ya Allah hancur hati .

  8. mmg sakit.. sy lagi la dpt tgkp dkt hotel dan gambar tp still syg lg masih kekal bersama suami hingga sekarang.. dan xnk pikir bnda tu semua sbb da masak dgn perangai suami… die bt ap pun skg sy mls nk ambik tahu sgt sbb sy tahu mmg skit hati n trluka.. tp skg die pulak meroyan padahal sy keluar dgn kwn perempuan je die da syak bukan2 sy tahu die takot dgn bayang2 sndiri sbb die slalu tipu sy jd die risau klu sy tipu die pulak.. sy pun xpnh trlintas nk curaang mcm dia bt sy.. sbb sy syg die dan sy xakan bt atau balas dendam mcm die buat sy..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *