Punca Pemanasan Global dan Kesan Pemanasan Global

Apa Punca Pemanasan Global dan Kesan Pemanasan Global kepada manusia di Bumi? Anda sekarang rasa panas, makin hari makin panas? Sebenarnya punca utama suhu di muka Bumi ini semakin meningkat adalah disebabkan pemanasan Global (Global Warming).

Sebab pemanasan global yang paling besar ialah karbon dioksida. Perlepasan gas karbon dioksida yang terlampau banyak sama ada melalui pembakaran sama ada besar-besaran atau kecil-kecilan menyumbang kepada kesan negatif pemanasan global yang berlaku sekarang.

Punca pemanasan Global di dunia:

  • Aktiviti pembakaran terbuka
  • Aktiviti pebalakan yang berleluasa
  • Asap dari industri (kilang-kilang)

Akibat dan kesan pemanasan global kepada manusia:

  • Suhu persekitaran menjadi semakin tinggi dan panas
  • Manusia terdedah kepada udara yang tercemar
  • Tahap kesihatan (health) semakin menurun
  • Bencana alam seperti banjir dan kemarau berpanjangan kerap berlaku
  • Pemusnahan habitat hidupan dan perlindungan bagi sesetengah species kehidupanPunca Pemanasan Global dan Kesan Pemanasan Global (Global Warming)

Apa itu kesan rumah hijau dan  juga maksud kesan rumah hijau?

  • Kesan rumah hijau adalah keadaan di mana haba terperangkap dalam sesuatu ruang apabila kepekatan gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida,dan nitrogen meningkat. Keadaan ini akan menyumbang kepada peningkatan suhu di ruang tersebut dan juga punca pemanasan global terjadi. Gas rumah hijau (GHG), contohnya karbon dioksida juga merupakan penyumbang utama kepada perubahan iklim dunia dengan cepat.

Cara Mengatasi Pemanasan Global di dunia:

  • Menimumkan penggunaan bahan api fosil
  • Guna tenaga alternative yang lain seperti tenaga angin, matahari, nuklear dsb
  • Kawal aktiviti pembakaran terbuka dan pembalakan
  • Tanam tumbuh-tumbuhan atau pokok semula untuk menambah kandungan oksigen di udara
  • Tapis asap dari kilang dan juga kenderaan
  • Amalkan recycle semula barang yang telah diguna seperti plastik, tin, kertas, botol dsb
  • Elakan pembaziran tenaga

Masih belum terlambat lagi untuk kita melakukan sesuatu untuk mencegah pemanasan global berleluasa di dunia ini. Marilah kita sama-sama mengurangkan aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada pemanasan global ini untuk hidup yang lebih baik dan selesa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *