Punca, Sebab Punggung dan Paha Besar Pada Wanita

Para wanita kena ambil tahu, apa punca dan sebab punggung dan paha besar pada sesetengah wanita. Juga kenapa bahagian punggung dan kaki sesetengah wanita kelihatan tidak seimbang atau tidak matching dengan bentuk badan anda. Anda mesti perasan bahawa kalau anda berjalan di tempat awam seperti di mall, supermarket dan sebagainya mesti ada terlihat wanita yang memilik punggung dan paha yang besar.

Ini adalah sebab dan punca punggung dan paha besar pada wanita: Punca Sebab Punggung dan Paha Besar Pada WanitaHormon Dalam Tubuh
Wanita mahupun lelaki mempunyai deposit lemak yang dipengaruhi oleh hormon mereka. Hormon estrogen wanita menyebabkan lemak lebih banyak disalurkan ke bahagian punggung dan peha mereka, manakala hormon testosteron lelaki menyebabkan lemak lebih banyak terkumpul di bahagian perut mereka. Walaubagaimanapun, lemak pada punggung dan paha wanita sebenarnya agak penting untuk proses kesuburan dan penyusuan. Inilah antara satu kelebihan wanita berpunggung besar yang mungkin anda ingin tahu.

Bentuk Tubuh Badan
Diakui bahawa bentuk tubuh badan seseorang wanita itu mempengaruhi ukuran saiz peha mereka. Difahamkan wanita yang mempunyai bentuk tubuh seperti buah pear cenderung untuk mempunyai ukuran punggung dan peha yang lebih besar berbanding saiz normal. Bentuk tubuh kita memang agak mustahil untuk diubah, oleh sebab itu kaum wanita perlu melakukan usaha keras untuk membentuk peha menjadi lebih ramping dan matching dengan bentuk tubuh.

Saiz Otot
Antara sebab lain yang menjadi punca saiz punggung dan peha besar ialah disebabkan memiliki otot yang besar. Otot paha biasanya walaupun keras serta tidak berlemak tapi masih lagi kelihatan besar di mata kasar.

Jika anda memiliki  punggung dan paha yang besar, anda mungkin berminat untuk mengetahui cara mengecilkan punggung dan paha yang besar.

One Reply to “Punca, Sebab Punggung dan Paha Besar Pada Wanita”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *