Rahsia Dua Pusar Di Kepala, Berapa Pusar Di Kepala Anda?

Anda mempunyai berapa pusar di kepala ? Biasanya majoriti orang mempunyai satu pusar kepala sahaja tetapi ada juga mereka yang mempunyai dua pusar kepala. Anak Anda Mempunyai Pusar Dua? Kami pasti pasti ramai yang tidak mengetahui akan rahsia anak  yang mempunyai dua pusar di kepala mereka bukan?

Rahsia Dua Pusar Di Kepala, Berapa Pusar Di Kepala AndaAnda mesti pernah perasan bahawa sesetengah individu yang mempunyai satu pusar pada rambut di kepala mereka. Ada  juga yang mempunyai dua pusar pada rambut kepala. Menurut kajian Dato’ Fadzilah Kamsah, berikut adalah maksud dan rahsia anak yang mempunyai dua pusar di kepala mereka:

Anak yang mempunyai dua pusar dikatakan agak nakal sikit, susah nak diuruskan, sukar untuk difahami, dan agak degil sekali. Anak saya yang sulung mempunyai dua pusar di kepalanya.

Memang sebegitulah sifat semulajadinya, tambahan lagi sangat petah bercakap, banyak bertanya soalan yang perlu kita jawab, adakalanya atuk, nenek, pakcik,makcik dan orang kenalan kita sangat pening melayannya. Namun begitu, mereka sangat mudah diuruskan jika kena dengan gaya dan perlu banyak memuji nak memujuk anak.

Menurut Dato’ Fadzilah Kamsah lagi, sifat seseorang individu yang mempunyai dua pusar sebenarnya sangat banyak akal,  mempunyai banyak idea, dan juga seorang yang sangat bijak otaknya.

Anda mempunyai anak yang dua pusar di rambut? Anda pula ada berapa pusar dikepala?

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com