Rahsia Tahi Lalat Di Tubuh Kita dan Maksudnya

Tahukah anda rahsia tahi lalat dan maksudnya berdasarkan kedudukan dan tempat di tubuh anda? Kami yakin anda semua pasti ada mempunyai tahi lalat di badan anda bukan? Jangan pula anda salah sangka yang tahi lalat di tubuh kita ini disebabkan lalat yang selalu ganggu masa kita makan itu atau selalau berada di tempat kotor itu. Tahi lalat yang dimaksudkan ialah tahi lalat atau tanda lahir yang wujud pada tubuh kita.Rahsia Tahi Lalat Di Tubuh Kita dan Maksudnya

Orang zaman dahulu pernah mengatakan bahawa rahsia tahi lalat di badan kita boleh diketahui berdasarkan tempat atau kedudukan tahi lalat tersebut. Kalau sebelum ini, kami pernah membuat post mengenai cara membuang tahi lalat, kali ini mari kita tengok akan rahsia tahi lalat dan maksudnya di bawah ini:

  • Bibir bawah kanan – Disukai ramai orang serta dihormati dan disegan
  • Bibir bawah kiri – Bijak dan pandai berbicara atau berbual serta tidak mudah mengalah
  • Leher kanan – Jujur, aktif dan Cerdas serta berani untuk menanggung derita untuk dirinya sendiri dan orang lain.
  • Leher kiri – Aktif dan cerdas dalam banyak hal serta mempunyai pengetahuan yang meluas
  • Leher di tengah – Cita-cita mereka biasanya akan tercapai
  • Bibir atas kanan – Bijak pandai dan surah rezeki
  • Bibir atas kiri – Mempunyai hati yang baik dan ramai kawan
  • Biji mata kanan – Seorang yang suka berbohong, huhu
  • Biji mata kiri – Juga suka berbohong, tetapi pada masa sama juga baik hati
  • Hujung mata kanan – Seorang yang sopan dan baik hati dan aktif
  • Hujung mata kiri – Mempunyai budi pekerti yang baik dan sentiasa murah rezeki
  • Betis kanan – Suka enjoy dan seorang yang membazir dan boros
  • Betis kiri – Seorang yang rajin dan sentiasa cari kerja dan tidak mahu menganggur
  • Punggung kanan – Selalu mengalami masalah
  • Punggung kiri – Seorang pemalas dan suka tidur atau duduk sahaja
  • Kepala sebelah kanan – Cita-citanya akan tercapai
  • Kepala sebelah kiri – Selalu berhadapan dengan masalah dan kesusahan
  • Lutut kanan – Selalu tidak kisah dan tidak peduli serta tidak mahu untuk berusaha untuk diri dan orang lain

Rahsia Tahi Lalat Di Tubuh Kita dan Maksudnya

  • Lutut kiri – Tidak melakukan 100% usaha apabila melakukan sesuatu
  • Kepala sebelah belakang – Penyabar dan rajin serta jujur
  • Kening kanan – Cekap, aktif dan cergas
  • Kening kiri – Cerdas dan bersopan santun
  • Tengah kening – Berani dan mempunyai hati yang keras dan degil
  • Hujung mulut kanan – Tidak mudah mengalah
  • Hujung mulut kiri – Suka enjoy dan berfoya-foya setiap masa
  • Pergelangan kaki kanan – Suka merayau-rayau
  • Pergelangan kaki kiri – Mempunyai kehendak dan kemahuan yang tinggi
  • Batang hidung – Mampu menjadi kaya serta dicintai ramai orang
  • Di hidung – Murah dan banyak rezeki
  • Dagu bawah kanan – Baik hati dan bersikap jujur
  • Dagu bawah kiri – Otak yang bijak dan cekap
  • Kemaluan kanan atau kiri – Baik hati dan mempunyai kemahuan seksual yang tinggi
  • Di kepala kemaluan (lelaki) – Mungkin beristeri lebih dari satu?
  • Tumit kanan – Banyak kawan dan jujur
  • Tumit kiri – Baik budi pekerti
  • Alis kanan – Suka menolong orang dan baik hati
  • Alis kiri – Disukai ramai orang
  • Pangkal peha kanan – Kemahuan tinggi
  • Pangkal peha kiri – Tidak memilih kerja
  • Telapak kaki kanan – Tidak mudah mengeluh dan putus asa
  • Bahu kanan – Mempunyai banyak tanggungan dan berhati-hati bila membuat keputusan
  • Bahu kiri – Mempunyai banyak tanggungjawab dan suka bekerja keras
  • Ketiak kanan – Mampu simpan rahsia
  • Ketiak kiri – Seorang yang jujur dan mempunyai banyak peminat
  • Buah dada kanan – Baik hati, pendiam, suka berahsia dan menyimpan rahsia
  • Buah dada kiri – Seorang yang setia pada pasangan dan mempunyai ramai kawan
  • Jari kaki kanan – Suka menolong orang
  • Jari kaki kiri – Berbudi pekerti yang baik dan suka melakukan perkara yang terpuji
  • Lengan kanan – Seorang yang setia dan taat
  • Lengan kiri – Sentiasa menepati janji, juga seorang yang rajin dan tekun
  • Pipi kanan – Mempunyai banyak kawan

Rahsia Tahi Lalat Di Tubuh Kita dan Maksudnya

  • Tengah-tengah pipi kanan – Disukai ramai orang
  • Tengah-tengah pipi kiri – Mempunyai banyak kawan
  • Ubun-ubun – Tidak berapa jujur
  • Pusat – Seorang yang aktif dan cergas
  • Pusat bahagian kanan – Punyai hidup yang aman dan jarang bermasalah
  • Pusat bahagian kiri – Memperoleh kemuliaan diri
  • Pinggang kanan – Sentiasa sayangkan pasangannya
  • Pinggang kiri – Disayangi oleh pasangannya
  • Telapak kaki kanan – Berhati cekal dan tidak mudah mengeluh
  • Telapak kaki kiri – Berbudi pekerti yang bagus
  • Siku tangan kanan – Keinginan tinggi untuk kaya
  • Siku tangan kiri – Suka menolong orang dan baik hati
  • Jari telapak tangan kanan – Mudah mendapat rezeki tetapi mempunyai sikap yang boros dan membazir
  • Jari telapak tangan kiri – Mudah mendapat rezeki dan bersikap cermat
  • Jari tangan kanan – Mudah mendapat keuntungan
  • Jari tangan kiri – Pekerja yang bagus dan baik
  • Perut bawah kanan – Banyak rezeki dan suka memaafkan
  • Perut bawah kiri – Hidup dengan tenang dan hati yang baik
  • Sudut mata kanan dalam – Disayang oleh si isteri/suami
  • Sudut mata kiri dalam – Sukar untuk dilupakan oleh pasangannya
  • Sudut mata kanan luar – Ramai yang cinta dan berhati baik
  • Dada sebelah kanan – Sentiasa dapat mencari jalan penyelesaian untuk masalah yang dihadapi
  • Dada sebelah kiri – Bersikap berani, penyabar dan jujur
  • Kelopak mata kanan bawah – Mempunyai sikap pemalas
  • Kelopak mata kiri bawah – Kurang bijak dan bodoh-bodoh sikit
  • Kelopak mata kanan atas – Peramah, baik hati dan berjaya dalam hidup
  • Kelopak mata kiri atas – Berbudi pekerti yang baik dan disukai ramai
  • Pelipis kiri – Boleh jadi kaya dan sentiasa ada rezeki
  • Pelipis kanan – Selalu berjaya dalam usaha yang dilakukannya

Itulah dia beberapa senarai rahsia tahi lalat berdasarkan kedudukan dan tempat di tubuh kita. Walaubagaimanapun, anda janganlah terus percaya bulat-bulat dan ambil serius sangt sebab ketepatannya tidak dapat dibuktikan 100%. Ada tak persamaannya dengan sikap dan perangan anda sekarang?

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *