Review Buat Duit Dengan Genie Di Blog (Cash Out Genie)

Pada tiga hari lepas iaitu, 26 January 2015, admin telah mendapat payment daripada Genie. So, ini ialah sedikit review buat duit dengan Genie di blog. Genie International Pte.Ltd ini ialah salah satu daripada syarikat pengiklanan blog yang semakin popular di Malaysia. Rasanya tidak perlulah untuk diceritakan semula apa itu Genie dan detailnya. Kalau anda berminat anda boleh baca entri yang lepas iaitu entri senarai syarikat pengiklanan blog popular di Malaysia.

Terdapat dua cara untuk cash out Genie iaitu sama ada melalui bank transfer atau PayPal. Admin memilih Paypal sebab syarat minimum untuk cash out melalui Paypal cuma 100USD sahaja berbanding bank transfer yang perlukan minimum 200USD untuk cash out. Di bawah ialah email yang dihantar untuk memberitahu bayaran Genie untuk akaun admin telahpun dihantar melalui Paypal.

Tak banyak cuma 101.08 USD sahaja, cukup-cukup untuk cash out, hehe. Lepas dapat email itu, terus transfer dari Paypal ke akaun Maybank (perlukan lebih kurang 3 hari untuk diproses). Di bawah ialah jumlah dalam ringgit Malaysia yang masuk ke akaun bank.

 

Jumlah Rm336.28 selepas ditolak oleh bank sebanyak RM3. RM3 ini ialah servis caj yang dikenakan oleh bank kalau pindahkan wang tidak sampai RM400. kalau RM400 ke atas, free sahaja. Tapi disebabkan admin cuma ada RM300 lebih sahaja dalam akaun, kena caj lah Rm3. Tak kisahlah kan, lagipun admin jarang sangat pakai Paypal ni.

Dari pengalaman admin guna syarikat pengiklanan Genie di blog ini, review buat duit dengan Genie yang boleh admin bagi ialah 8 bintang daripada 10. Kalau blog yang mempunyai trafik yang tinggi memang digalakan untuk guna Genie ini sebab ia adalah 100% iklan CPM iaitu berdasarkan view. Kalau trafik sikit pun boleh juga tapi mungkin lambat earning naik hehe. Tapi at least, Genie ini kita akan tetap mendapat bayaran dari mereka berbanding sesetengah syarikat pengiklanan yang liat sangat nak bayar, yang lebih teruk langsung tak bayar.

One Reply to “Review Buat Duit Dengan Genie Di Blog (Cash Out Genie)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *