Review Perodua Axia Kereta Murah Mampu Milik Malaysia

Review Perodua Axia Kereta Murah Mampu Milik Malaysia. Perodua Axia ini merupakan model baru Perodua yang diklasifikasikan kepada kategori kereta murah mampu milik selain harga terbaik yang berpatutan dengan specifikasi yang disediakan.

Review Perodua Axia Kereta Murah Mampu Milik Malaysia

Review Perodua Axia – Kenapa pilih dan beli Perodua Axia?

  • Harga Murah.
  • Design Yang Menarik (Hatchback dan Sporty)
  • Jimat Minyak semestinya
  • Sesuai untuk semua golongan lelaki, perempuan tanpa mengira peringkat umur.
  • Pilihan yang lebih baik daripada membeli kereta 2nd hand dengan harga yang sama.

Best ke Axia? Secara jujurnya, pada pandangan admin, Axia ini memang menarik dan harganya yang dianggap kereta murah di Malaysia menjadi faktor utama kereta ini menjadi popular dan laris di pasaran sejak dari pelancarannya beberapa bulan yang lepas. Malah, pada 1 November yang lepas, dilaporkan booking untuk Axia telah mencecah 44,000 dan melebihi target awal, 30,000 sehingga hujung tahun ini.

Perodua Axia dilancarkan dengan 4 variasi model iaitu Standard E, Standard G, SE dan Advance. Axia Standard E didatangi dengan manual transmission sahaja. Axia Standard G dan Axia SE pula boleh boleh dipilihan sama ada Auto atau manual transmission mengikut pilihan pembeli. Bagi Axia Advance pula, hanya Auto transmission saja dikeluarkan dan tiada pilihan untuk manual transmission.

Perodua Axia Standard E (Manual Only)
Perodua Axia Standard G (Auto or Manual)
Perodua Axia SE (Auto or Manual)
Perodua Axia Standard E (Auto only)

Axia juga pilihan yang baik jika anda mencari kereta jimat minyak (low fuel consumption). Menurut pihak Perodua, Axia berkebolehan mencapai jarak sejauh 21.6km untuk seliter minyak petrol. Jimat kan? Walaupun jarak sebenarnya mungkin tidak mencapai 20km/l dalam pemanduan yang sebenar ( kalau ikutkan kebanyakan review Axia oleh pengguna) tapi dalam belas-belas kilometer pun masih lagi jimat kan.

Axia vs Viva?
Pihak Proton keluarkan kenyataan yang Viva tidak akan dihentikan pengeluarannya selepas pelancaran Axia sebab masih terdapat banyak permintaan, tetapi akan digantikan dengan Axia secara berperingkat. Review Perodua Axia dan Perodua Viva ini tidak banyak sangat beza dari segi driving experience, yang berbeza cuma dari segi design dan salah satu kelebihan Axia ialah space yang lebih luas selain teknologi lebih baru.

Perodua Axia SE dan Axia Advance juga mempunyai sensor parking di bahagian depan dan juga belakang yang boleh membantu pengguna kalau parking di tempat yang sempit.

Admin pernah bawa Axia dan Viva, dan Admin memang rasa lebih kepada Axia mungkin sebab rasa lebih selesa atau sebab Axia ini lebih baru dan menarik. Bagi admin, Axia ini merupakan salah satu hasil langkah yang bijak oleh Perodua supaya lebih banyak model perodua yang boleh dipilih oleh orang ramai yang inginkan kereta kurah mampu milik dan juga menarik.

Review Perodua Axia Kereta Murah Mampu Milik Malaysia Terbaik

Review Perodua Axia (Harga Terkini Axia official dari Perodua)

Harga Perodua Axia Terkini Di Malaysia (Axia Advance)

  • Semenanjung Malaysia:
    Automatic: RM42,130 (Solid) OR RM42,530 (Metallic)
  • Sarawak:
    Automatic: RM44,070 (Solid) OR RM44,470 (Metallic)
  • Labuan:
    Automatic: RM39,567.61 (Solid) OR RM39,927.61 (Metallic)
  • Sabah:
    Automatic: RM44,070 (Solid) OR RM44,470 (Metallic)

Harga Perodua Axia Terkini Di Malaysia (Axia SE)

  • Semenanjung Malaysia:
    Manual: RM36,800 (Solid) OR RM37,200 (Metallic)
    Automatic: RM39,800 (Solid) OR RM40,200 (Metallic)
  • Sarawak:
    Manual: RM38,740 (Solid) OR RM39,140 (Metallic)
    Automatic: RM41,740 (Solid) OR RM42,140 (Metallic)
  • Labuan:
    Manual: RM34,720.27 (Solid) OR RM35,080.27(Metallic)
    Automatic: RM37,423.83 (Solid) OR RM37,783.83 (Metallic)
  • Sabah:
    Manual: RM38,740 (Solid) OR RM39,140 (Metallic)
    Automatic: RM41,740 (Solid) OR RM42,140 (Metallic)

Harga Perodua Axia Terkini Di Malaysia (Axia Standard G)

  • Semenanjung Malaysia:
    Manual: RM29,800 (Solid) OR RM32,200 (Metallic)
    Automatic: RM32,800 (Solid) OR RM33,200 (Metallic)
  • Sarawak:
    Manual: RM31,740 (Solid) OR RM32,140 (Metallic)
    Automatic: RM34,740 (Solid) OR RM35,140 (Metallic)
  • Labuan:
    Manual: RM28,125.13 (Solid) OR RM28,485.13 (Metallic)
    Automatic: RM30,820.18 (Solid) OR RM31,180.18 (Metallic)
  • Sabah:
    Manual: RM31,740 (Solid) OR RM32,140 (Metallic)
    Automatic: RM34,740 (Solid) OR RM35,140 (Metallic)

Harga Perodua Axia Terkini Di Malaysia (Axia Standard E)

  • Semenanjung Malaysia:
    Manual: RM24,600 (Solid) OR RM25,000 (Metallic)
  • Sarawak:
    Manual: RM26,540 (Solid) OR RM26,940 (Metallic)
  • Labuan:
    Manual: RM23,657.35 (Solid) OR RM24,017.35(Metallic)
  • Sabah:
    Manual: RM26,540 (Solid) OR RM26,940 (Metallic)

# PriceĀ On The Road Axia (Axia OTR Price inclusive of insurance) – Source.

Anda pernah atau sudah beli Axia ini tak? Apa review Perodua Axia kalau anda pernah guna? Kalau ada duit, admin rasa nak sambar Axia SE satu warna merah. Anda mungkin berminat dengan senarai kereta murah berharga RM50,000 ke bawah di Malaysia.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com