Review Samsung Galaxy A7 Alternatif Terbaik S6 dan Note 4

Ini ialah sedikit review Samsung Galaxy A7 di Malaysia sekarang ini. Samsung Galaxy A7 merupakan Smartphone Samsung yang diperkenalkan pada awal tahun ini dan Malaysia juga merupakan antara negara yang terawal Smartphone yang mendapatkan Smartphone ini.

Rekaan Samsung Galaxy A7 yang bersaiz 5.5 inci dengan paparan full HD Display sememangnya menjadi tarikan utama pengguna. Samsung Galaxy A7 yang berharga RM1589 per unit (May 2015) juga menjadikannya alternatif terbaik Smartphone Samsung untuk Samsung Galaxy S6, S6 Edge, Note 4 dan Note Edge yang berharga RM2000 – RM3000 dan lebih.

Review Samsung Galaxy A7 Di Malaysia, Alternatif Terbaik S6 dan Note 4

Apa yang paling menarik perhatian kami mengenai Samsung Galaxy A7 ini ialah rekaannya yang sangat nipis dan ringan. Galaxy A7 merupakan Smartphone ternipis Samsung setakat ini dengan ketebalan cuma 6.3mm dan berat 141g sahaja iaitu 36g lebih ringan dari Note 4.

Samsung Galaxy A7 di Malaysia adalah jenis Dual-SIM dan pastinya sesuai untuk pengguna yang menggunakan lebih daripada satu SIM card kerana tak perlu bawa dua handphone pada satu masa.

Saiz Capacity Bateri Samsung Galaxy A7 ini ialah 2600 mAh. Walaupun ramai yang merungut sebab banyak Smarphone terutama keluaran dari China seperti , Huawei Honor 6 Plus, Meizu Mi Note , Lenovo, Xiaomi Redmi Note 4G dan Zenfone 2 yang mempunyai capacity Batteri yang lebih besar, tetapi sebenarnya capacity battery bukannya penentu utama sama ada batteri itu tahan lama atau tidak. Batteri Samsung Galaxy A7 ini masih boleh bertahan seharian dengan data sentiasa ON dan online dan main game atau tengok video.Review Samsung Galaxy A7 Alternatif Terbaik S6 dan Note 4

Feature Ultra Power Saving Mode yang disediakan juga membantu menjimatkan penggunaaan kuasa batteri ydan menjadikan paparan screen kepada greyscale dan hanya mengaktifkan aplikasi yang penting sahaja atau yang dipilih oleh kita sahaja.

Samsung Galaxy A7 dilengkapi dengan 5MP kamera depan yang sesuai untuk peminat Selfie dan juga 13MP kamera di bahagian belakang yang boleh mengambil gambar dengan kualiti yang bagus dan memuaskan. Lihat juga detail mengenai spesifikasi dan feature Samsung Galaxy A7 di Malaysia.

2 Replies to “Review Samsung Galaxy A7 Alternatif Terbaik S6 dan Note 4

    1. design dia paling WIN, full metal & sangat nipis..alternatif terbaik bagi peminat Smartphone Samsng yang tidak berapa berminat untuk Smartphone lain seperti Xiaomi, Lenovo, Zenfone, Huawei, etc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *