Review Sony Xperia Z3 Compact Smartphone Terbaik

Hello, ini sedikit review Sony Xperia Z3 Compact Smartphone, salah satu smartphone terbaru terbaik menarik. Baru-baru ini admin @KakiPromo.Com telahpun  beli Sony Xperia Z3 Compact ini. Sebenarnya, agak pening juga mahu membeli Smartphone terbaik di Malaysia disebabkan lambakan Smartphone yang ada, dari Sony, Samsung, iPhone, Honor, Lenovo, Zenfone, Oppo dan banyak lagi lah.

Semasa ingin membeli Xperia Z3 Compact ini, sempat juga try Smartphone terbaru yang lain macam Samsung Galaxy Note 4, Huawei Honor 6, Zenfone 6, Xiomi Redmi Note 4G dan banyak lagi la. Sebenarnya, admin sudah setkan ingin memilih antara Sony Xperia Z3, Sony Xperia Z3 Compact atau Samsung Galaxy Note 4.

Review Sony Xperia Z3 Compact Smartphone Terbaik

Samsung Galaxy Note 4 juga memang menarik dan mempunyai spesifikasi antara yang terbaik. Sebenarnya sebab tidak memilih Samsung Galaxy Note 4 ialah kurang berkenan dengan design dan harga agak mahal juga, RM2499 (harga official di Samsung), kalau harga pasaran terkini di kedai biasa ada yang tawarkan hingga serendah RM2349 setakat yang admin jumpa. Berbelah bagi juga nak beli, tapi ciri-ciri waterproof dan kamera yang berkualiti tinggi lebih menarik perhatian.

So, cuma tinggal perbandingan Sony Xperia Z3 vs Sony Xperia Z3 Compact sahaja.
Sony Xperia Z3 dan Sony Xperia Z3 Compact mempunyai camera yang berkualiti tinggi, 20.7MP dan Smartphone yang pertama kali mempunyai kebolehan ISO 12800 yang belum pernah ada untuk mana-mana Smartphone selain Xperia Z3 dan Z3 Compact. Jangan salah anggap kalau Sony Xperia Z2, Z1 dan Z1 Compact juga mempunyai 20.7MP kamera tetapi kualitinya tidak setanding dengan camera Xperia Z3 dan Z3 Compact walaupun masih senang mengalahkan Smartphone yang lain (Samsung Galaxy Note 4 = 16Mp camera, iPhone 6 & iPhone 6 Plus = 8MP).

Review Sony Xperia Z3 Compact Smartphone TerbaikKenapa beli ? Review Sony Xperia Z3 Compact:

  • Design yang paling menarik. Admin pilih yang warna hitam sebab agak bergaya.
  • Saiz yang menarik iaitu 4.6 inci dan agak mudah masuk ke poket.
  • Harga paling murah antara ketiga-tiga Smartphone itu. Sony Xperia Z3 berharga RM1899 berbanding Z3 (RM2399).
  • Kalis Air dan Kalis Debu, senang nak cuci kalau kotor
  • Battery tahan lama
  • High-end specs

Tidak seperti versi mini Smartphone yang banyak menurunkan spesifikasi untuk versi mini, Z3 Compact ini spesifikasi sama sahaja dengan Xperia Z3 dari sistem operasi dan juga processor iaitu kedua-duanya menggunakan Android 4.4.4 dan 2.5GHz quad-core  processor. Bezanya ialah saiz & screen, dan juga Xperia Z3 menggunakan 3GB RAM manakala Z3 Compact menggunakan 2GB RAM. Z3 juga menggunakan bingkai besi di tepi dan Z3 Compact menggunakan bingkai plastic yang walaupun plastic tetapi kelihatan lebih menarik berbanding Z3.

Review Sony Xperia Z3 Compact Smartphone Terbaik Malaysia

Review Sony Xperia Z3 Compact Battery:

Battery, tengok review ,Z3 compact ini boleh than agak lama. Biasa review battery mana-mana Smartphone, ni memang susah sikit nak percaya, nak tahu kena cuba sendiri. (Lepas beli, cuba pakai dengan mobile data always ON, dan online, boleh pakai sehari suntuk). Dulu guns Xperia Z, guna dari pagi dan sampai tengahari (12pm – 1PM) dah kena cari charger atau powerbank. Guna Z3 Compact ni tak perlu bawa Powerbank kalau setakat berjalan sehari suntuk saja walaupun guna sepanjang masa, lain la kalau berjalan keluar 2,3 hari serta guna dengan selalu.

Review Sony Xperia Z3 Compact Smartphone Terbaik

Harga Sony Xperia Z3 Compact terkini yang admin beli ialah RM1899. Harga pasaran di kedai biasa ialah RM1850, so Admin beli di Sony Centre sahaja sebab beza harga tidak banyak dan lebih terjamin. Selain itu,semasa beli Sony Xperia Z3 Compact di Sony Centre, mereka juga bagi beberapa free gift seperti Screen Protector (siap tolong pasangkan sekali), casing cover, Silicone Stand dan pocket bag. Kalau beli di kedai biasa, mungkin tidak dapat benda-benda macam ni, screen protector pun kadang-kadang tidak free dan kena bayar lebih kan.

Setakat entri review Sony Xperia Z3 Compact ini dibuat, belum pernah ada apa-apa masalah lagi berlaku pada Z3 Compact admin. Penggunaan lancar dan smooth, puas hati. Admin tengah berkira-kira hendak membeli Sony Magnetic Charging Cable atau Sony Magnetic Charging Dock untuk Z3 Compact ni. Anda berminat dengan Sony Smartphone tak? Jom tengok senarai terkini harga Sony Smartphone di Malaysia.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com