Sebab Bahaya Selalu Cuci Telinga Kita Dengan Kerap

Kenapa dan apa sebab bahaya selalu cuci telinga (ear) dengan kerap? Apakah kekerapan (tempoh masa) untuk kita membersih atau mencuci telinga kita? Kami yakin kebanyakan antara anda tidak suka telinga anda kotor dipenuhi dengan tahi telinga dan anda pasti berasa puas hati semasa anda berjaya korek atau membersih tahi telinga anda menggunakan cutton buds kan?Kenapa Sebab Dilarang Bahaya Selalu Cuci Telinga Dengan Kerap

Berbalik kepada persoalan awal, apa sebab bahaya selalu cuci telinga (Korek Telinga)?

  • Meningkatkan kadar pengeluaran kerak @ tahi telinga
  • Gegendang telinga boleh rosak
  • Tulang halus boleh terseliuh
  • Lebih mudah terdedah kepada jangkitan kuman
  • Masalah pendengaran boleh berlaku
  • Risiko kepada saluran gegendang telinga

Adakah tahi telinga bermaksud seseorang itu adalah pengotor? Majoriti besar daripada kita pasti beranggapan bahawa tahi telinga bermaksud telinga kotor dan perlu dibersihkan sebab boleh mengganggu pendengaran dan juga jangkitan.

Menurut Doctor Seth (Chairman American Academy of Otolaryngology), tanggapan ini adalah tidak berapa tepat. Ujarnya lagi tahi telinga adalah merupakan bahan sebatian normal dalam badan yang dihasilkan khusus untuk mencuci,melindungi serta ‘minyak’ telinga yang berfungsi memerangkap kotoran asing dari luar daripada masuk ke dalam telinga.

Akitiviti seharian kita seperti bercakap, mengunyah dan pertumbuhan kulit di sekitar telinga akan menolong menggerakkan tahi telinga yang lama dari dalam ke luar telinga dan biasanya akan jatuh dengan sendiri ataupun dicuci oleh kita sendiri semasa kita mandi.

Walaubagaimanapun, jika kita langsung tidak membersihkan telinga juga tidak bagus sebab kotoran (tahi telinga) boleh menyebabkan telinga kita berbau dan boleh terdedah kepada jangkitan jika terlalu kotor. Oleh itu, jika anda mahu mencuci telinga, janganlah buat setiap hari, tetapi sudah memadai 1,2 minggu sekali. Ini disebabkan ada risiko bahaya selalu cuci telinga jika kita tidak berhati-hati dan pengeluaran tahi telinga sebenarnya tidaklah kerap sehingga kita perlu korek atau bersihkan telinga setiap hari.

Walaubagaimanapun, anda kena ingat bahawa jangan sesekali mencuci telinga anda jika anda mempunyai masalah seperti berikut:

  • Mempunyai masalah gegendang telinga
  • Telinga anda keluar cecair (bukan air)
  • Mempunyai masalah mencuci telinga pada masa dulu

Jika anda mempunyai masalah seperti ini, seeloknya anda pergi berjumpa dengan doktor untuk check-up. Lihat juga bahaya menggunakan headphone atau earphone kepada telinga dan otak kit.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com