Sebab Dan Punca Kulit Muka Berminyak Sepanjang Masa

Tahukah anda apa sebab dan punca kulit muka berminyak sepanjang masa? Adakah anda mengalami masalah kulit muka berminyak sepanjang masa? Masalah kulit muka berminyak memang dihadapi ramai sebaik sahaja melangkah ke alam dewasa. Pada dasarnya, membuang atau membersihkan minyak pada kulit muka boleh dilakukan dengan banyak cara. Apa yang menjadi masalah buat kebanyakan orang ialah selepas mencuci muka, sekejap sahaja kulit muka akan kembali berminyak.

So, tak kan kita hendak cuci muka setiap 1-2 jam bukan? Kita sudah pasti ada lagi benda lain yang kita mahu lakukan dan kalau kita berada di rumah pun, pasti akan malas untuk mencuci muka dengan sangat kerap. Paling tidakpun, kita akan mecuci atau membersihkan muka apabila mandi atau ingin berjalan-jalan keluar dari rumah.

Apa Sebab Dan Punca Kulit Muka Berminyak Sepanjang Masa

APA SEBAB DAN PUNCA KULIT MUKA BERMINYAK SEPANJANG MASA?

Makanan Berminyak
Punca utama kulit muka sentiasa berminyak ialah disebabkan makan makanan yang berminyak secara berlebihan. Antara contoh makanan yang berminyak ialah mee goreng, nasi goreng, ayam goreng/panggang, cucur pisang/cempedak, cekodok dan banyak lagilah. Makanan berminyak ini juga sebenarnya secara tidak langsung menjadi punca utama yang menyebabkan kulit kita berjerawat.

Penggunaan Minyak Rambut
Tujuan utama kita menggunakan minyak rambut adalah untuk bergaya, tetapi pada masa yang sama penggunaan minyak rambut juga menyebabkan kulit muka kita berminyak. Minyak rambut jenis gel, wax dan krim memang akan menyebabkan kulit muka berminyak jika digunakan dengn banyak dan juga jika kita berpeluh. Biasa orang guna make-up atau bedak untuk menutup liang roma bagi memastikan kulit muka kurang berminyak, tetapi cara tersebut masih kurang berkesan.

Pemilihan Produk Pencuci Muka Yang Salah
Di pasaran terdapat banyak jenis pencuci muka yang boleh didapati dengan pelbagai harga, ada yang mahal dan ada juga yang murah. Tetapi tidak semuanya sesuai dengan kulit muka kita walaupun ada yang dinyatakan khusus untuk kulit yang berminyak. Jika tersalah pilih, boleh menyebabkan bahagian muka kita macam berminyak dan kelihatan shinning disebabkan minyak pada kulit wajah.

Genetik
Faktor genetik juga memainkan peranan untuk kulit muka selalu berminyak. Jika ibu bapa atau ahli keluarga ada yang mengalami masalah kulit berminyak yang teruk, maka tidak mustahil anda anda juga akan mengalami masalah yang sama.

Cuaca dan Aktiviti Luar
Faktor cuaca dan dan aktiviti seharian juga menjadi penyebab kenapa kulit muka asyik berminyak. Melakukan akitviti atau kerja di tempat yang panas akan menyebabkan kita berpeluh dan boleh merangsang kulit untuk merembeskan lebih banyak minyak bercampur dengan peluh.

Jika anda mempunyai masalah dan tida tahu apa  punca kulit muka berminyak sepanjang masa, semoga anda boleh mendapat sedikit pengetahuan melalui point-point di atas. Sila amalkan tips penjagaan kulit muka selalu untuk mengatasi masalah kulit muka berminyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *