Sebab Dan Punca Mulut Berbau Atau Nafas Berbau (Perlu Tahu)

Anda mengalami masalah mulut berbau atau nafas berbau? Apa sebab dan punca mulut berbau? Anda sudahpun sering memberus dan menggosok gigi dengan kerap tetapi sekejap sahaja mulut anda mulai berbau? Anda pasti berasa segan untuk bercakap dengan rakan-rakan atau orang di sekeliling anda apabila mulut anda berbau, bukan? Mari kita ketahui punca dan sebab utama yang menyebabkan mulut kita berbau.

Sebab Dan Punca Mulut Berbau Atau Nafas Berbau (Perlu Tahu)Gigi Berlubang
Gigi berlubang menyebabkan makanan yang kita makan mudah melekat di situ dan seterusnya menyebabkan mulut kita berbau. Bagi anda yang mempunyai gigi berlubang, sebaik-baiknya segera berjumpa dengan doktor gigi untuk menampal lubang tersebut.

Kafein
Siapa antara anda yang suka minum kopi lewat malam sebelum tidur? Minum kopi akan menyebabkan mulut menjadi kering dan menyebabkan mulut kita berbau selepas beberapa jam. Seeloknya, berkumur dahulu sebelum tidur selepas minum kopi.

Lidah Tidak Bersih
Ya, memang betul antara punca utama mulut berbau adalah disebabkan tidak memberus gigi dengan kerap! Tetapi sebenarnya lidah kita juga memainkan peranan yang besar mengeluarkan bau yang tidak enak. Maklumlah lidah kita sebenarnya mengandungi banyak bakteria (makanan) dan menghasilkan bau pada mulut kita. Oleh itu semasa berus gigi, beruslah sekali lidah anda.

Demam / Selesema
Bila kita demam atau selesema, mulut kita memang akan lebih cepat berbau daripada kebiasaannya. Ini disebabkan suhu badan kita yang tidak sekata dan menyebabkan lidah kita cepat kering dan berbau.

apa-sebab-dan-punca-masalah-mulut-berbau-atau-nafas-berbau

Ulser Mulut
Korang pasti pernah kena ulser mulut kan? Ulser mulut juga merupakan punca mulut berbau sebab mulut menjadi cepat sangat kering dan terdapat bakteria yang masuk ke ulser tersebut. Sebab itu kalau kena ulser mulut, mulut kita akan sentiasa rasa kering sahaja bukan?

Sakit Gusi
Atara sakit gusi yang menyebabkan mulut berbau adalah seperti gusi bengkak / bernanah, karang gigi, gigi sensitif dan sebagainya. Biasanya kalau sakit gigi ini, berjumpa dengan doktor untuk rawatan adalah penyelesaian terbaik.

Tonsil tekak
Tonsil tekak juga menyebabkan mulut berbau disebabkan bakteria yang melekat pada tonsil kita. Selalulah berkumur untuk menghilangkan bakteria tersebut.

Merokok
Tabiat merokok sememangnya antara punca mulut kita berbau dan seringkali menyebabkan orang disekeling berasa tidak selesa.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com