Sebab Lelaki Tak Hensem Dapat Teman Wanita Cantik

Apa Sebab Lelaki tak Hensem Dapat Teman Wanita Cantik seperti model atau artis? Anda pasti pernah tengok cerita beauty and the beast, bukan? dimana dalam cerita itu, perempuan tersebut jatuh hati kepada seorang lelaki yang hodoh dan tidak hensem. Kalau diikutkan, pada masa sekarang juga, memang agak ramai lelaki yang tidak hensem atau hodoh yang mempunyai pasangan atau teman wanita yang cantik.

Biasanya kalau orang kita melihat lelaki hodoh dan tidak hensem bersama-sama dengan wanita yang cantik seperti model atau artis, pasti akan ada kata-kata seperti ini:

  • Bodohnya perempuan itu, muka je lawa tapi tak pandai pilih pasangan.
  • Muka hodoh tapi awek bukan main cun, apa yang dia buat?
  • Lelaki hodoh, teman wanita cantik? Betul ke ni?
  • Ala, ini memang sudah pasti lelaki itu memang kaya dan berduit, oleh itu tidak hairanlah perempuan itu suka pada dia.

Oleh itu apa kata kalau kita tengok beberapa sebab kenapa lelaki tak hensem dapat teman wanita cantik seperti model sebagai pasangannya:

Sebab Lelaki Tak Hensem Dapat Teman Wanita Cantik, Lelaki Hodoh Perempuan Cantik

Antara Sebab yang paling utama pastilah sebab lelaki itu memang berduit dan walaupun muka tak hensem atau macho tapi status kewangan memang hensem. Memang tidak dinafikan sebab utama seorang lelaki yang tidak hensem atau kacak mendapat teman wanita atau awek yang cantik dan cun adalah disebabkan daya tarikan kewangan mereka..emm.

Lelaki tak hensem tapi kenapa teman wanita dia sangat cantik seperti model? Bak kata orang, rupa bukan segalanya, ada ramai juga wanita yang tidak memangdang rupa semata-mata, tetapi kemungkinan besar mereka tertarik dengan lelaki yang tidak hensem disebabkan sikap lelaki itu yang pandai mengambil hati mereka dan pandai dalam menggunakan ayat-ayat memikat wanita yang mampu mencairkan hati wanita.

Wanita tersebut pernah dipermainkan oleh ex-boyfriend dia yang lama yang hensem apabila lelaki itu berlaku curang kepadanya. Lelaki hensem juga biasanya lelaki playboy atau kaki perempuan. Oleh itu, mungkin juga wanita itu memilih lelaki yang tidak hensem sebagai pasangannya sebab kebarangkalian lelaki itu untuk curang adalah rendah berbanding lelaki yang hensem.

Wanita tersebut beranggapan Lelaki yang tidak hensem itu pasti akan lebih menghargai mereka dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mereka. Dengan kata lain, lelaki tersebut melayan pasangan mereka bagaikan puteri dan mereka berusaha sedaya upaya untuk memenuhi kesemua kehendak dan kemahuan pasangan mereka. Oleh itu, tidak hairanlah kalau wanita boleh terpikat dengan lelaki tidak hensem yang berperangai seperti ini.

Lelaki itu tidak hensem, kacak atau macho, tetapi dia pandai berkata-kata dan membuat lawak yang boleh menceriakan suasana dan mencuit hati. Tidak dinafikan kaum wanita pasti suka dengan lelaki yang bersikap seperti ini, bukan?

Pasangan yang mempunyai minat yang sama memang sangat sukar untuk dicari. Kalau minat sudah sama, maka memang senang untuk lelaki dan perempuan jatuh hati pada satu sama lain sebab mereka lebih memahami antara satu sama lain. Tidak kisahlah kalau lelaki itu hodoh atau tidak.

Wanita memilih lelaki yang tidak hensem untuk rasa lebih selamat dalam perhubungan mereka. Yelah, kalau lelaki hensem, mesti ramai wanita lain yang cuba mendekati mereka bukan? Oleh itu, disebabkan takut lelaki itu curang dan  beralih arah atau tergoda oleh wanita lain, maka pilih je lelaki yang tidak hensem, tak salah pun kan?

Itu adlah beberapa sebab lelaki tak hensem dapat teman wanita cantik sebagai pasangannya. Akhir kata, tak kisahlah kalau pasangan anda seorang yang hensem atau cantik pun, asalkan anda berdua bahagia dan menerima kekurangan yang ada pada pasangan anda. Selain itu, elakkan sikap suka membanding-bandingkan pasangan anda dengan orang lain kerana boleh menyebabkan hubungan cinta antara anda berdua retak.

2 Replies to “Sebab Lelaki Tak Hensem Dapat Teman Wanita Cantik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *