Semakan Baki PTPTN Online dan SMS Akaun SSPN PTPTN

Semakan baki PTPTN online dan SMS serta akaun SSPN PTPTN anda. Admin yakin majoriti student yang melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi ada membuat pinjaman PTPTN melainkan keluarga anda mampu untuk menyara pengajian anda. PTPTN ialah short form untuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Duit PTPTN akan masuk ke akaun SSPN PTPTN pelajar setiap awal semester iaitu dua tahun sekali.

Check Semakan Baki PTPTN Online dan Akaun SSPN PTPTN

Kenapa perlu pinjam PTPTN?
Kalau anda berasal dari keluarga yang susah dan sukar untuk mendapatkan belanja, PTPTN boleh membantu anda dari segi kewangan. Kalau gaji ibu-bapa anda katakanlah RM3000 dan banyak anak yang masih perlu ditanggung, maka PTPTN boleh membantu meringankan beban ibu-bapa anda.

Kalau anda mempunyai keluarga yang berduit atau mampu menyara penajian dan sara hidup anda, maka anda tidak perlu membuat permohonan PTPTN. Pinjaman PTPTN ini kena bayar balik beserta dengan bunganya sekali, lainlah kalau anda mendapat keputusan yang sangat cemerlang, kalau tak silap CGPA 3.75 ke atas.

Tutorial cara semakan baki PTPTN Online dan semak Akaun SSPN PTPTN

Cara semakan baki PTPTN Online ialah dengan melayari laman web PTPTN. Anda perlu daftar dahulu jika belum dan ikut menu yang tertera di laman web tersebut. Selepas itu anda boleh check baki PTPTN anda dengan klik pada PENYATA BAKI pada bahagian PROFILE anda.

Check Semakan Baki PTPTN Online dan Akaun SSPN PTPTN

Cara Semakan PTPTN SMS

Semakan Baki PTPTN (Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional, SSPN)
Taip: PTPTN SSPN-i {JARAK} NO AKAUN SSPN-i
Example: PTPTN SSPN-i 025477101076543
Send to 33199

Cara cari dan semak Nombor Pin PTPTN anda:
PTPTN NO.PIN [SPACE] NOIC
Katakan nombor PIN anda ialah 101010, anda perlu taip seperti berikut:
Example: PTPTN 101010 901207127656
SEND to 33199

Semakan Permohonan Pertukaran UJRAH PTPTN
Taip: PTPTN UJRAH {NO.IC} {NO.PIN}
Example: PTPTN UJRAH 901207127656
Sent to 33199

Semakan Status WPP PTPTN
Taip: PTPTN WPP NNO.IC
Example: PTPTN WPP 901207127656
Send to 33199

Cara semak baki PTPTN mudah ialah dengan SMS. Walaubagaimanapun, Semakan Baki PTPTN secara SMS ini adakalanya reply agak lambat dan mungkin service unavailable. Setiap SMS akan dikenakan bayaran RM0.50 dan beroperasi 24 jam sehari.

Semakan Senarai Hitam PTPTN Online:
Cara check PTPTN Blacklist ialah dengan melayari laman web PTPTN di sini:
Semakan Senarai Hitam PTPTN
Click Link tersebut dan tekan button Semak,selepas itu anda masukan nombor kad pengenalan anda

Semakan Senarai Hitam PTPTN secara SMS:
PTPTN LEGAL<JARAK>NOKP<JARAK>NOPIN
Example: PTPTN LEGAL 901207127656 101010
Send to 33199

Setiap SMS akan dikenakan bayaran RM0.50 dan beroperasi 24 jam sehari.

Itu sahaja, harap entry ini dapat membantu anda, Last sekali Sila bayar duit PTPTN anda selepas anda tamat pengajian. Selain itu apabila anda melanjutkan pelajaran, anda kenalah belajar betul-betul dan dapatkan result yang bagus. Duit PTPTN anda mungkin akan disekat kalau result anda teruk (CGPA bawah 2.0) dan gagal selain kemungkinan dibuang pengajian.

Bayar sikit-sikit dahulu kalau tak mampu untuk bayar banyak-banyak. Admin yakin anda semua mesti majoriti besar sentiasa online, tak kisahlah dengan Smartphone, tablet, laptop atau PC, anda boleh je buat semakan baki PTPTN online dengan mudah.

3 Replies to “Semakan Baki PTPTN Online dan SMS Akaun SSPN PTPTN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *