Senarai Fesyen Rambut Paling Aneh Di Dunia

Anda suka buat fesyen rambut macam mana? Apa fesyen rambut paling aneh di dunia yang pernah anda semua tengok? Kami yakin anda pasti pernah melihat fesyen pelik yang digayakan oleh orang-orang di sekeliling anda semua terutama ketika anda pergi berjalan-jalan di Shopping Mall atau pergi ke pusat-pusat bandar. Mungkin ada fesyen rambut pelik yang anda suka tengok dan tak kurang juga fesyen rambut pelik yang buat anda rasa geram dan menyampah betul tak?

Kami tak pasti 100% kenapa mereka ini membuat keputusan untuk mempunyai stail dan fesyen rambut yang pelik-pelik sama ada untuk bergaya atau sekadar untuk menunjuk-nunjuk ataupun memang berminat dengan stail tersebut. Tak kurang juga yang terpengaruh dengan watak-watak dalam filem, drama, anime dan lain-lain lagi.

1) Fesyen rambut Mee Maggi Hangus. kami mengandaikan mereka yang berfesyen seperti ini memang peminat mee hangus, hehe. Kalau anda rasa lapar, jangan salah anggap ini mee pula okay.Senarai Fesyen Rambut Paling Aneh Di Dunia2) Fesyen rambut berus, nampak macam berus badan pun ada, tapi tengok lama-lama, macam air teh ais yang belum dicampur susu pun ada juga.

Senarai Fesyen Rambut Paling Aneh Di Dunia

3) Fesyen rambut Super Saiya, para peminat anime atau Dragon Ball pasti kenal akan watak ini. Kami juga memang peminat Dragon Ball, tapi belum ada lagi yang sampai buat rambut macam ini. Memang peminat tegar Dragon Ball!

Senarai Fesyen Rambut Paling Aneh Di Dunia dan Pelik

4) Fesyen Rambut Mata Belakang, kalau anda ternampak orang berfesyen seperti ini, pasti akan pandang dua-tiga kali cari mata tapi tak jumpa-jumpa juga, hehe. Satu lagi, jangan berani buat benda sembunyi-sembunyi di belakang, takut dia boleh nampak, boleh ke?

5) Fesyen rambut helikopter, siapa yang selalu rasa ingin terbang, boleh cuba fesyen ini, mana tahu nanti boleh terbang kalau rambut tu pandai berputar, haha

Senarai Fesyen Rambut Paling Aneh Di Dunia dan Sangat Pelik

6) Fesyen rambut Bulan Sabit. Tak pasti apa yang menarik pada fesyen ini, tetapi yang pasti, dia ini mungkin sukan makan croissant. Anda tahu apa itu Croissant? Ala, roti bulan sabit yang selalu orang jual di bakery itu.

7) Fesyen rambut bola tennis. memang sah orang yang guna fesyen ini pasti suka semua yang berkaitan dengan tennis, sama ada main tennis atau suka tengok game tennis. Respect!

Senarai Fesyen Rambut Paling Aneh Di Dunia Sekarang

8) Fesyen rambut burung. Sekali tengok macam ada burung hinggap di atas kepala dia tetapi rupa-rupanya cuma rambut. kena tipu!

9) Fesyen rambut Pringles. Lagenda mengatakan mereka yang ingin berfesyen seperti ini kena makan Pringles setiap hari, betul ke? Entahlah, apa kata anda cuba dahulu, lepas itu beritahu hasilnya, boleh? hehe

Senarai Fesyen Rambut Paling Aneh Di Dunia Sekarang

10) Fesyen rambut bukit-bukau. Kalau bermain bola sepak dan menanduk bola guna fesyen ini mesti senang-senang boleh gol. Fesyen ni ada juga macam rupa rambut Lisa Simpson.

Senarai Fesyen Rambut Paling Aneh Di Dunia Sekarang

11) Fesyen rambut daging. Tak dapat pastikan mana satu rambut dan mana satu daging, nasib baik kepala dia tak tutup, hehe.

Senarai Fesyen Rambut Paling Aneh Di Dunia Sekarang

 Sebenarnya ada banyak fesyen rambut paling aneh dan pelik-pelik yang boleh kita jumpa di sekeliling kita. Sebenarnya nak buat fesyen rambut yang menarik atau pelik ikut citarasa masing-masing tidaklah susah asalkan rambut anda sihat tapi kalau ada masalah boleh cuba petua hilangkan kelemumur dan rambut gugur ni. Nanti-nanti kita sambung lagi untuk entri terbaru, okay!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com