Senarai Harga Kereta Murah Di Malaysia Terkini

Adakah anda sedang mencari kereta murah di Malaysia sekarang ini? Kereta memang sudah menjadi satu keperluan untuk kita bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dan memilik kereta sudah pasti menjadi impian semua orang bukan? Sebelum apa-apa lagi, list senarai kereta murah di Malaysia di bawah ini ialah kereta yang dijual pada harga bawah RM50,000.

Senarai Harga Kereta Murah Di Malaysia Terkini Proton Iriz

Senarai Harga Kereta Murah Di Malaysia Terkini:

Suzuki Alto 1.0 A/T GLX: RM49888
Proton Satria Neo Standard MT: RM49415
Proton Persona 1.6 Executive MT:RM48865
Proton Saga FLX SE 1.6 Executive CVT: RM48192
Proton Iriz 1.3 VVT Executive CVT: RM47970
Proton Persona 1.6 SV AT: RM46930
Perodua Myvi 1.3 SE AT: RM46494
Proton Iriz 1.3 VVT Executive MT: RM45049
Suzuki Alto 1.0 M/T GA: RM44888
Proton Iriz 1.3 VVT Standard CVT: RM44075
Proton Persona 1.6 SV MT: RM44008
Proton Saga FLX Executive CVT: RM43611
Perodua Myvi 1.3 SE MT: RM43572
Perodua Myvi 1.3 XT AT: RM43495
Proton Iriz 1.3 VVT Standard MT: RM41153
Proton Saga FLX Executive MT: RM41090
Perodua Axia Advance 1.0 AT: RM40818
Perodua Myvi 1.3 XT MT: RM40460
Perodua Axia SE 1.0 AT: RM38567
Proton Saga SV CVT: RM35759
Perodua Axia SE 1.0 MT: RM35645
Proton Saga SV MT: RM32836
Perodua Axia Standard G 1.0 AT: RM31749
Perodua Axia Standard G 1.0 MT: RM28800
Perodua Viva 850 MT: RM26534
Perodua Axia Standard E 1.0 MT: RM23757

# Price List of Cheap Cars In Malaysia Below Rm50,000

Senarai Harga Kereta Murah Di Malaysia Terkini Myvi

Senarai harga kereta murah di bawah RM50,000 menyaksikan model kereta yang dimonopoli oleh Proton dan Perodua dengan Suzuki Alto berjaya menyelitkan diri dalam kelompok hara kereta bawah RM50,000.

Berdasarkan senarai kereta murah di Malaysia terkini di atas, model keluaran Perodua iaitu Axia dan Viva yang paling murah dan harganya di bawah RM30,000.

Senarai Harga Kereta Murah Di Malaysia Terkini Perodua Axia

Pada masa sekarang ini, harga kereta murah di Malaysia yang paling murah ialah model baru perodua iaitu Perodua Axia Standard E 1.0 Manual. Mungkin ramai yang beranggapan model Axia ialah pengganti kepada Viva, tetapi PERODUA telah mengeluarkan kenyataan bahawa kereta murah Viva tidak akan diberhentikan pengeluarannya secara komersial dan akan diteruskan walaupun secara teknikalnya Axia akan mengganti Viva secara berperingkat.

Tips untuk membeli kereta ialah beli kereta mengikut kemampuan dan pastikan anda betul-betul boleh membayar kereta anda tanpa mengabaikan tanggungjawab dan keperluan yang lain. Jika anda berminat dengan motosikal, anda boleh tengok senarai harga motosikal murah di Malaysia.

4 Replies to “Senarai Harga Kereta Murah Di Malaysia Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *