Senarai Harga Motosikal Murah Di Malaysia Terkini

Adakah anda berminat untuk membeli motosikal murah di Malaysia atau sedang mencari-cari motosikal untuk kegunaan harian? Ini ada beberapa senarai harga motosikal murah di Malaysia pada masa kini. Sebelum tengok list di bawah, harga yang diletakan ialah harga OTR untuk motosikal tersebut dan harga tersebut mungkin berbeza sedikit mengikut tempat.

Demak Ex90, DX90 Review 

Senarai Harga Motosikal Murah Di Malaysia Terkini Demak Ex5Senarai Harga Motosikal Murah Di Malaysia Terkini Demak Dx90

Motosikal paling murah di Malaysia ialah Demak EX90 dengan harga lebih kurang RM2700 cash. Demax DX90 juga murah dan menyerupai klon kepada honda C70 lampu bulat. Meter kelajuan motosikal ini adalah maksimum 100 km/j  sahaja tetapi selesa digunakan ketika kelajuan dalam lingkungan 45km/h hingga 70 km/h. Kalau lebih laju lagi katakanlah 80 km/h- 90 km/h, motosikal akan jadi kurang sedap dibawa dan rasa keras atau kasar. Review Topspeed untuk motosikal ini adalah lebih kurang 90km/h sahaja.

Honda EX5 Review

Senarai Harga Motosikal Murah Di Malaysia Terkini Honda EX5

Honda EX5 ini merupakan kategori motosikal murah yang paling popular digunakan di jalan-jalan di Malaysia ini. Motosikal ini juga antara motosikal yang reliable dan lasak untuk digunakan dalam jangka masa yang lama. Harga Honda EX5 2015 terbaru ialah dalam lingkungan RM4299 dan juga yang paling mahal list motosikal murah ini. Topspeed untuk Honda EX5 ini dalam lingkungan 110km/h. Honda EX5 ini juga perlukan penjagaan dan safety yang teliti sebab motosikal ini memang dalam senarai top motosikal yang sering dicuri.

Modenas MR1 Review

Senarai Harga Motosikal Murah Di Malaysia Terkini Modenas Mr1

Modenas MR1 ini sama sahaja dengan model yang lama cuma diubahsuai rekabentuk selain daripada tangki minyak lebih besar dan paling penting harga lebih murah. Harga Motosikal ini cuma RM2900 lebih sahaja dan harga OTR pula ialah kira-kira RM3100. Kalau guna insuran 3rd party, boleh dapat harga motosikal lebih murah lagi. Motosikal ini memang sesuai digunakan untuk urusan harian kita. Topspeed Modenas MR1 ini ialah lebih kurang 100 km/h.

Senarai harga Motosikal Murah Di Malaysia terkini di pasaran:

  • Honda EX5 = RM3750
  • Modenas MR1 = RM3100
  • Demak DX90 = RM2800
  • Demak EX90 = RM2700

Jika anda berminat dengan kereta pula, anda boleh tengok senarai harga murah kereta terkini.

9 Replies to “Senarai Harga Motosikal Murah Di Malaysia Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *