Senarai Makanan Menurunkan Kolestrol Dengan Cepat

Tahukah anda akan senarai makanan menurunkan kolestrol dalam tubuh kita jika dimakan? Seperti yang anda semua sedia ketahui, badan yang memiliki paras kolestrol yang tinggi adalah tidak sihat dan membawa keburukan kepada kesihatan kita. Akibat kolestrol yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan penyakit seperti penyakit jantung dalam jangka masa panjang, diabetis, angin ahmar, tekanan darah tinggi, strok dan banyak lagi. Pada dasarnya, kolestrol merupakan salah satu zat yang diperlukan oleh badan kita tetapi pada masa yang sama juga boleh memudaratkan kesihatan kita jika terlalu tinggi. Pendek kata, kolestrol yang tinggi adalah tidak bagus untuk kesihatan kita.

Walaubagaimanapun, anda tidak perlu terlalu risau jika anda mempunyai paras kolestrol yang tinggi. Ini kerana risiko penyakit akibat kolestrol tinggi biasanya hanya akan berlaku pada jangka masa panjang. Tetapi, anda mestilah mempunyai kesedaran diri dan mengambil berat akan kesihatan anda dan mengubah cara hidup dan yang paling penting mengubah tabiat pemakanan anda. Anda boleh tengok tanda-tanda kolestrol tinggi dalam badan untuk mengetahui sama ada paras kolestrol anda tinggi atau tidak.

Senarai Makanan Menurunkan Kolestrol Dengan Cepat

Antara Senarai Makanan Menurunkan Kolestrol Dengan Cepat:

  • Oatmeal
  • Yogurt
  • Jambu Batu
  • Mangga
  • Blueberry
  • Epal
  • Strawberry
  • Buah zaitun
  • Lemon
  • Anggur
  • Bayam
  • Ikan (Omega 3) seperti ikan salmon dan salmon
  • Bawang Putih
  • Kacang
  • Biji bunga matahari
  • Kismis
  • Kayu Manis
  • Kacang soya
  • Kacang tanah
  • Beras merah
  • Pelbagai jenis Sayur-sayuran
  • Bijirin
  • Pelbagai jenis Buah-buahan

Makanan menurunkan kolestrol seperti yang disenaraikan diatas adalah agak senang untuk diperoleh. Kolestrol yang tinggi datangnya daripada pemakanan yang tidak seimbang. Kurangkan makan daging dan lebihkan makan sayuran hijau, bijirin dan buah-buahan. Selain daripada pemakanan, kita juga perlu megamalkan cara hidup yang sihat dengan banyakan bersenam atau bersukan dan jauhkan diri daripada aktivitu yang tidak sihat dan boleh memudaratkan kesihatan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *