Senarai Makanan Pencegah Sakit Jantung (Senang Dicari)

Perkongsian senarai makanan pencegah sakit jantung yang mudah diperoleh. Penyakit jantung sememangnya dikenali pembunuh nombor 1 di dunia ini. Ironinya, walaupun ramai yang sudah mengetahui akan hal ini tetapi tidak ramai orang yang mengambil langkah pencegahan dengan mempraktikan tips penjagaan jantung yang dikongsi ramai orang. Penyakit jantung berkait rapat dengan tabiat pemakanan kita seharian.

Dalam entri ini, kami akan berkongsi dengan anda 7 senarai Makanan Pencegah Sakit Jantung yang senang kita dapati di pasaran.Tips Penjagaan Jantung Senarai Makanan Pencegah Sakit Jantung Atau Serangan Jantung Daripada Berlaku1) IKAN
Ikan biasanya merupakan sumber makanan protein yang sangat bagus untuk tubuh kita. Pengambilan hidangan ikan sekali dalam seminggu membantu mengurangkan risiko sakit jantung daripada berlaku.

2) SAYURAN HIJAU
Sayuran hijau mengandungi banyak khasiat dan zat yang baik untuk badan seperti serat, magnesium, kalsium, karotenoid dan sebagainya. Korotenoid membantu melindungi tubuh kita daripada risiko serangan jantung.

3) BUAH EPAL
Buah Epal mempunyai banyak manfaat dan kelebihannya kepada kita. Dengan memakan 2 biji epal sehari atau meminum sebanyak 12 auns jus epal, kita akan dapat mengurangkan paras oksida kolesterol LDL (jahat). Epal juga terbukti berkesan untuk mencegah serangan angin ahmar atau strok.

4) MINYAK ZAITUN
Minyak Zaitun mengandungi banyak lemak tepu yang boleh menurunkan paras kolestrol LDL (jahat) dalam tubuh kita tanpa mengganggu lemak HDL (baik). Selain mengurangkan risiko sakit jantung, Minyak Zaitun juga membantu mengurangkan risiko kanser.

5) OAT
Oat memang makanan yang sangat bagus untuk tubuh kita. Oat sangat penting untuk tubuh kita serta menjadikan jantung kita lebih sihat dengan meningkatkan sistem imunisasi, menurunkan tahap kolestrol serta mencegah pengerasan arteri darah. Baca juga : Apa itu Oat dan Kebaikannya Kepada Kita

6) KACANG WALNUT
Kacang WALNUT mengandungi banyak khasiat dan nutrien yang diperlukan tubuh seperti protein, lemak, vitamin A,B,C,D, kalsium, zat besi magnesium dan sebagainya. Kacang Walnut adalah agen antioksidan yang sangat bagus serta mengandungi asid lemak Omega-3 yang membantu menambah kolestrol baik dalam tubuh serta membuang kolestrol jahat dan juga bertindak melindungi jantung dan mengurangkan radang.

7) KEKACANG
Kekacang merupakan sumber asid folik yang bagus. Kekacang membantu menghalang proses pembekuan darah dan meningkatkan fungsi pembuluh darah dalam tubuh kita.

Itulah 7 senarai makanan pencegah sakit jantung atau mengelak sakit jantung yang boleh anda ambil untuk penjagaan jantung anda. Jangan ambil mudah tentang kesihatan jantung anda dan sentiasalah amalkan gaya hidup sihat.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *