Senarai Syarikat Pengiklanan Blog Popular Di Malaysia

Adakah anda sedang mencari Senarai Syarikat Pengiklanan Blog Popular Di Malaysia untuk blog atau website anda?

Disini, pihak KakiPromo senaraikan 5 top syarikat pengiklanan yang paling popular dan banyak digunakan di Malaysia.

Kalau ada penambahan dari semasa kesemasa atau yang tersenarai sudah tidak relevan atau memuaskan lagi, admin mungkin akan membuat perubahan dari semasa ke semasa.

 

Google Adsense

Google Adsense memang tidak perlu diperkenalkan kepada para blogger sebab majoriti besar blog dan website yang ada menggunakan pengiklanan Google Adsense ini. Google Adsense menjadi pilihan utama para blogger Malaysia yang ingin menjana pendapatan yang lumayan. Setiap earning yang diperoleh dari Google Adsense adalah dalam matawang USD yang memang lumayan selepas diconvert ke Ringgit Malaysia. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa peraturan dan pantang larang untuk menjadi publisher Adsense ini, contohnya jangan klik iklan sendiri dan jangan memanipulasi trafik ke blog/website. Juga, blog perlu menggunakan Bahasa Inggeris semasa memohon disebabkan bahasa Malaysia tidak disokong oleh Google Adsense. Jika tidak permohonan anda kemungkinan besar akan direject dan anda perlu memohon semula. Anda boleh gunakan Google Adsense di blog bahasa Melayu selepas permohonan anda diapprove untuk menjadi publisher. Walaubagaimanapun, jika anda berhasrat menggunakan bahasa Melayu untuk Google Adssense di blog, anda kena berani mengambil risiko sebab pihak Adsense boleh ban domain (disable) atau lebih teruk lagi akaun kena ban. Seeloknya anda buat privacy policy/disclaimer di blog dan jjadikan content blog anda unik dan bukan copy paste untuk kurangkan risiko kena penalty oleh pihak adsense. Kelebihan Google Adsense ialah bayaran yang yang banyak dan menguntungkan publisher tetapi kekurangan Google Adsense ialah agak susah dan lama masa untuk menunggu permohonan Google Adsense diterima selain banyak akaun yang kena Ban sebab ada banyak peraturan yang ketat perlu diikuti.

**RAHSIA MENJANA WANG DENGAN GOOGLE ADSENSE**

Innity

Syarikat pengiklanan premium bagi blogger di Malaysia. Walaupun earning yang diperoleh dari Innity ini agar lumayan, tetapi syarat permohonan untuk menjadi publisher Innity adalah sang at ketat iaitu minimum 40,000 unique visitors dan minimum 200,000 page views per month. Selain itu, blog juga mesti menarik dan mempunyai niche-niche contohnya blog teknologi. Walaubagaimanapun, jika blog tidak mempunyai niche tertentu, blog anda juga masih berpeluang untuk diterima oleh Innity dengan syarat, trafik ke blog anda jauh lebih tinggi dari nilai minimum yang ditetapkan. Earning Innity diperoleh dari banyak cara seperti CPC, CPM, CPA dan sebagainya. Bayaran daripada Innity kepada anda ialah dalam Ringgit Malaysia dan terus masuk ke akaun anda selepas melepasi had minimum untuk cash out. Kelebihan Innity ialah bayaran yang agak mahal untuk setiap klik atau view ke blog anda tetapi kekurangan Innity pula ialah iklan tidak keluar sepanjang masa dan hanya pada masa-masa tertentu sahaja. Selain itu disebabkan Innity mementingkan blog niche, kemungkinan anda ditawarkan peluang advertorial memang cerah kalau niche blog anda berkaitan dan ramai pelawat.

Komli

Komli Media juga merupakan salah satu syarikat pengikalan yang semakin popular di Malaysia. Bayaran yang diperoleh menggunakan Komli Media ini adalah lebih kurang sama dengan Innity. Setiap earning diperoleh melalui klik, view atau action yang dibuat oleh visitor ke blog kita. Earning Komli adalah dalam bentuk USD, tetapi kita boleh dibayar dengan menggunakan Ringgit Malaysia terus ke akaun bank kita. Syarat minimum Komli ialah sekurang-kurangnya 100,000 page view per month tetapi ada juga blogger yang permohonan diterima walaupun page view kurang dari 100,000 sebulan. Kelebihan Komli Media ialah earning yang tinggi tetapi terdapat kekurangannya seperti iklan jarang-jarang keluar dan banyak proses diperlukan untuk cash out seperti membuat Invoice Komli setiap bulan dan emailkan kepada mereka. Walaubagaimanapun kelemahan yang agak ketara ialah bayaran lambat masuk ke akaun selepas kita cash out.

Genie SSP

Syarikat pengiklanan dari Jepun yang semakin mendapat tempat di Malaysia ini. Genie ini merupakan pilihan yang terbaik untuk blog yang mempunyai visitor yang tinggi katakan unique visitor 5000 ke atas setiap hari. Earning Genie diperoleh melalui CPM sahaja, iaitu daripada view blog. Pendek kata, makin tinggi visitor di blog tersebut, makin tinggilah earning yang akan kita peroleh. Senang bukan? Sebabnya kita tidak perlu pening kepala nak atur posisi iklan di tempat paling strategik untuk orang klik iklan seperti di Google Adsense, Innity dan Komli. Sudah tentu, anda juga boleh setkan Innity dan Komli untuk earning CPM seperti Genie ini tetapi perlu ingat iklan Innity dan Komli tidak keluar sepanjang masa dan tidak banyak iklan CPM berbanding Genie yang fully iklan CPM. Kelebihan iklan Genie ialah, iklan adalah sentiasa ada dan boleh letakan maksimum 6 iklan di satu blog. Kekurangan Genie ialah, perlukan trafik yang tinggi untuk melihat hasilnya selain daripada CPM value yang berubah-ubah, kadang-kadang tinggi dan kadang-kadang rendah.

Nuffnang

Nuffnang merupakan syarikat pengiklanan yang sangat popular di kalangan blogger-blogger yang baru. Ini kerana sesiapa sahaja boleh mendaftar menjadi publisher Nuffnang tanpa ada syarat trafik minimum diperlukan. Earning Nuffnang diperoleh melalui CPM, CPC, CPA dan juga Advertorial. Earning Nuffnang secara amnya, mungkin lebih rendah berbanding empat syarikat yang disenaraikan di atas, tetapi jika  blog anda terpilih untuk iklan CPUV  Campaign, earning yang anda peroleh memang lumayan. Walaubagaimanapun, trafik blog adalah paling penting sebab walaupun blog anda mendapat kempen CPUV, tetapi trafik sikit, maka earning anda juga akan menjadi sikit.  Kelebihan Nuffnang ini ialah semua boleh mendaftar menjadi publisher selain mempunyai sistem analytic yang boleh mengetahui statistik blog dan keyword yang masuk ke blog. Kekurangan Nuffnang pula ialah agak sukar untuk mendapat earning yang besar selain daripada susah untuk mendapat kempen CPUV atau tawaran advertorial.

Selain itu, terdapat juga syarikat pengiklanan blog popular di Malaysia yang lain contohnya H12 Media dan Advertlet. Jika anda mahukan syarikat pengikalan yang paling lumayan, sudah tentu Google Adsense menjadi pilihan utama. Walaubagaimanpun, kita masih boleh letakan lebih daripada satu jenis iklan di blog kita, misalnya iklan Adsense dan Innity, Innity dan Genie dan sebagainya. Kalau nak letak tiga jenis dan ke atas pun boleh, tetapi blog akan menjadi berterabur, mengelirukan dan tidak menarik.

Update Terbaru : Jom Buat Duit Dengan Mobicow, satu lagi syarikat pengiklanan yang semakin mendapat perhatian mulai hujung tahun 2014 dan 2015 ini.

7 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Kakipromo.com