Senarai Website Cari Kerja Di Malaysia Terkini

Jom tengok senarai website cari kerja di Malaysia terkini dan paling popular digunakan oleh para pencari kerja. Seperti yang kita sedia maklum, internet menjadi salah satu medium cari kerja kosong di Malaysia yang paling popular digunakan oleh orang pada masa sekarang.

Tips pertama untuk cari kerja di Malaysia terkini ialah mula-mula isi dulu permohonan di SPA atau JobsMalaysia. Tidak kisahlah sama ada anda ingin kerja kerajaan atau swasta, kena isi semua yang boleh diisi dahulu bukan?

Senarai website cari kerja di Malaysia  terkini  paling popular

Selepas itu, jangan lupa daftar dengan Jobstreet. Jobstreet sudah lama bertapak sebagai website cari kerja di Malaysia yang paling popular bagi kerja swasta di Malaysia sekarang ini. Anda juga jangan lupa melayari laman-laman web seperti bestjobs, jenjobs, indeed, careetjet dan sebagainya untuk meluaskan lagi zon pencarian kerja anda dan memohon vacancy yang anda layak.

Bagi mereka yang cari kerja di Sarawak, Jobstock.com.my memang sangat popular dan aktif digunakan sebagai medium iklan vacancy di Sarawak di semua bahagian. Kadang-kadang ada juga iklan vacancy dari Sabah yang diiklankan di situ.

Senarai Website Cari Kerja Di Malaysia:

  1. Spa.gov.my
  2. Jobsmalaysia.gov.my
  3. Jobstreet.com.my
  4. Bestjobs.com.my
  5. Jenjobs.com
  6. Jobstock.com.my
  7. Maukerja.my
  8. Mudah.my
  9. indeed.com.my
  10. careerjet.com.my
  11. my.jobomas.com
  12. kerjakosong.my

Senarai Website Cari Kerja Di Malaysia Terkini

Selain daripada blog atau website cari kerja di Malaysia yang disenaraikan di atas, masih ada beberapa blog atau website yang juga memaparkan isi kandungan vacancy terkini di Malaysia. Walaubagaimanapun, admin tidak menyenaraikan blog/website yang kurang update, tidak user friendly (banyak sangat iklan dan popup iklan di blog) ataupun hanya copy paste iklan  kerja kosong terkini daripada website yang telah disenaraikan di atas tadi itu.

*** DAPATKAN FORMULA RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERAJAAN 2015 ***

Anda ada tahu tentang website yang bagus untuk cari pekerjaan? Sila kongsi-kongsikan kepada semua 🙂

One Reply to “Senarai Website Cari Kerja Di Malaysia Terkini”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *