Sikap Wanita Yang Tidak Disukai Lelaki Dan Dibenci

Apa sikap wanita yang tidak disukai lelaki dan dibenci oleh mereka? Kaum perempuan kena ingat bahawa bukan anda sahaja yang boleh merajuk dan marah, tetapi lelaki juga manusia dan akan berasa marah dan sakit hati jika ada sesuatu tidak kena dengan mereka.

Sikap Wanita Yang Tidak Disukai Lelaki Dan DibenciSila ingat, walaupun anda berdua bercinta, tidak semestinya anda boleh melampaui batas dan tidak menjaga hati dan perasaan anda. Akibatnya, perpisahan bakal terjadi jika anda dan pasangan anda tidak boleh bertolak-ansur ataupun tidak memahami hati dan perasaan satu sama yang lain. Tidak boleh hanya satu pihak sahaja yang menjaga hati pihak lain manakala di pihak lain berbuat sesuka hati dia sahaja.

Berikut ialah lima (5) sikap wanita yang tidak disukai oleh lelaki dan juga dibenci oleh lelaki:

1)   Selalu Dijadikan Seperti Orang Suruhan
Mereka diperlakukan macam orang suruhan apabila anda meminta mereka melakukan sesuatu untuk anda. Ya, memang tidak salah kalau sekali sekala, tetapi kalau sudah berkali-kali sampai benda yang kecil pun anda suruh pasangan anda buat, itu sudah tak ubah seperti jadi hamba.

2)   Selalu Dibandingkan Dengan Lelaki Lain
Lelaki memang tidak suka kalau dibandngkan dengan orang lain. Bagi mereka, perempuan yang suka membanding-bandingkan lelaki ini memang jenis yang tidak memahami mereka sepenuhnya serta kelebihan yang ada pada mereka. Selain itu, mereka juga berpendapat perempuan sedemikian adalah jenis yang mudah lepas tangan dengan perhubungan.

3)   Tidak Menepati Janji
Lelaki boleh bersabar kalau menunggu anda untuk ber make up atau berkemas, tetapi mereka agak pantang kalau anda mungkir janji. Jika anda ada membuat temujanji untuk makan bersama pada pukul sekian-sekian, tetapi kemudiannya anda tidak dapat datang, seeloknya anda inform awal-awal. Ini kerana lelaki tidak suka dan rasa dipermainkan jika dia sudah bersiap dan tiba-tiba anda kata tak dapat datang tanpa alasan yang munasabah. Kalau alasan penat atau banyak kerja hendak dibuat sebenarnya agak sukar diterima jika anda sudah berjanji awal.

4)   Menyidir Team Kegemarannya
Kebanyakan lelaki memang suka tengok sukan terutamanya bola sepak seperti EPL, La Liga, dan sebagainya. Jangan sesekali menyidir pasangan anda kalau team yang disokongnya kalah atau tidak mendapat keputusan yang memuaskan. Lelaki suka kalau anda bagi sokongan seperti memakai baju team favouritenya walaupun anda sebenarnya tidak berapa berminat dengan bola sepak atau sukan yang diminatinya.

5)   Selalu Dikongkong dan Tidak Diberi Ruang Untuk Melakukan Kerja Sendiri
Sayang manapun pasangan anda kepada anda, janganlah anda mengharapkan mereka bersama dan menemankan anda sepanjang masa untuk melakukan aktiviti kegemaran anda. Lelaki perlukan masa untuk melakukan aktiviti sendiri yang diminatinya seperti bersukan (futsal, football, badminton), main games, online dan sebagainya. Mereka paling tidak suka kalau anda mengganggu aktiviti yang digemari mereka dan tidak diberi masa untuk diri-mereka sendiri.

One Reply to “Sikap Wanita Yang Tidak Disukai Lelaki Dan Dibenci”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *